t>

Breaking News

Luahan Lee Chong Wei mengenai kekalahan meraih emas pertama buat negara.


Adun DAP Manoharan Malayalam elok baca luahan LCW berhubung kegagalan dia dalam mendapatkan emas pertama buat negara semalam. Oleh kerana jari dia lancang sangat memperli, mempersendakan, mempolitikkan dan memperlecehkan kesungguhan LCW yang telah bermain bersungguh-sungguh semalam.

Elok sangat dia baca supaya dia boleh faham bagaimana PERASAAN seseorang atlet tue bila dah kalah lepas tue dipersenda2kan pula. 2 kali kekecewaan dia kena rasa. Satu sebab dah kalah. Satu kena kutuk. Bukan buat2 kalah. Kalau buat2 kalah pun bukan ada faedah. Kalau mampu menang confirm LCW nak menang. Habuan yang menanti LCW bukan cikai2 beb.


Jangan salah faham.

Aku pun tak sokong kosmo letak tajuk macam neh. Seolah2 LCW main demi wang dan habuan. Setelah berhempas pulas bermain demi mendapatkan emas begini pula wartawan menulis mengenai LCW. Kalau larh LCW baca tah apa pula perasan dia.

Sebenarnya habuan tue sebagai pembakar semangat jek. Dan bukan pula dia yang minta or cari. Orang yang offer lagi ada. Aku cuma nak "stresskan" antara bentuk habuan yang bakal LCW terima andai dia berjaya memenangi pingat emas pada perlawanan semalam.

Berikut kat bawah neh ialah luahan LCW sejurus kekalahan pada malam semalam ;

"SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.

Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.

Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di  Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.


 "Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.

"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.


 "Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.

Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.

Beliau berkata, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.

"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh. -SH-


Jangan nak kutuk sangat larh bila satu2 atlet tue dah kalah. Belajar lah jadi penyokong yang mengkritik dan menyokong ikut situasi. Bukan main langgar lari jek. Seme orang kecewa semalam bila LCW gagal dapatkan emas buat negara tetapi tiada orang yang paling kecewa melainkan LCW sendiri.

Walaupun kalah LCW telah bermain dengan penuh kesungguhan dan menghadiah malaysia satu pingat perak. Itupun lebih baik dari apa yang adun dap buat. Elok jaga kawasan sendiri dan pastikan masyarakat di kawasan anda seme nya terbela daripada dok kutuk2 dan persendakan atlet yang kalah. Kalau anda diam di twitter, takde sapa akan anggap anda seseorang buta huruf. Percayalah.