t>

Breaking News

Bapa pelajar tunjuk punggung minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tak perlu.

Sejujurnya tindakan meminta maaf kepada seluruh rakyat malaysia itu tidak perlu. Ini kerana anak ko bukan buat salah kat kami so tindakan itu sememangnya tidak perlu. 


"Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu,"

Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.

"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran,"
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.

"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya. -SH-

Benda dah jadi. Dah lepas. Kita nak ubah apa yang dah berlaku memang tak boleh. Tapi benda yang belum jadi boleh kita alter bagi cantik. Harapan aku agar pihak pengurusan kolej dan ptptn berfikir lah semula. Tindakan membuang dia dari kolej dan menghentikan pinjaman pendidikan ke atasnya bukan tindakan yang bijak.

Bahkan hukuman itu terlalu keras dan merosakkan masa depan budak neh. Dia tidak melakukan kesalahan yang seriyus. Dia cuma terlalu beremosi dalam menyampaikan protes maka cara terbaik ialah kaunseling dia, bukan hukum dia sehingga merosakkan masa depan dia sendiri.

Aku tak boleh terima kekejaman dan kezaliman pihak pengurusan kolej dan kerajaan ke atas mahasiswa ini. Ada perkara yang perlu diberikan penekanan dan hukuman yang keras, mereka taknak buat. Ada perkara yang hanya perlu diberikan nasihat dan kaunseling mereka pilih untuk hukum dengan keras.

Tak reti nak buat keputusan yang tepat ke? Jika begitu serahkan sahaja kepada rakyat untuk menilai. PRU -13 akan mengajar anda yang merosakkan masa depan pelajar di malaysia.