t>

Breaking News

Ini kes bunuh diri angkara cinta ataupun terjatuh?


Alfatihah.

Aku ringan jek mulut dan jari nak cakap dia neh bunuh diri kot. Tapi bila fikir2 balik aihh takpe la. Biarla PDRM siasat dan keluarkan kenyataan rasmi sebelum buat kesimpulan melulu. Menurut laporan berita yang dipetik dari kosmo ;

Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul Syafika Jamaluddin, 24, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Mangsa dikatakan baru menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang penghuni kondominium yang terdengar bunyi seperti objek terjatuh dan sebaik ditinjau, dia terkejut apabila menemui mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.

Difahamkan, mangsa menyewa bersama abangnya di Seri Kembangan, Selangor dan datang ke premis itu untuk bertemu dengan teman lelakinya yang menetap di tingkat 23. Mereka berkenalan sejak tiga bulan lalu dan lelaki itu merupakan seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Ketika kejadian, lelaki berusia 24 tahun tersebut tiada di rumah dan mangsa memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua.

"Siasatan awal percaya mangsa terjatuh kerana mempunyai masalah peribadi selepas cintanya ditolak namun motif sebenar kejadian masih disiasat," kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Cinta ditolak tetapi mangsa ada kunci pendua lelaki yang tolak cinta dia? Aku suspect bukan cinta ditolak tetapi cinta dipermainkan kot. Kalau cinta ditolak camne ek mangsa boleh ada kunci pendua lelaki yang tolak cinta dia tue? Agak tak konsisten disitu.

Kalau ko tak suka seseorang, ko rasa ko nak bagi tak kunci rumah ko kat dia? Mesti lah taknak kan. Sebenarnya bunuh diri tidak dibolehkan dalam islam atas apa sebab sekalipun. Demi cinta ke apa ke memang tak boleh. Aku bukan nak tuduh2 tetapi harap2 si mangsa neh bukan lah membunuh diri. 

Dah la baru habis pengajian. Family tak merasa lagi duit gaji pertama dari dia. Dah hilang nyawa. Apa pun kita tunggu siasatan lengkap dari PDRM.  Samada terjatuh ataupun bunuh diri. Kalau sungguh bunuh diri.. alangkah sedihnya family gadis tersebut..

Fikirkan tentang keluarga sebelum buat apa2 keputusan. Jangan lupa. Sebelum kenal teman lelaki kita kenal family kita dulu. Family bersama kita time susah dan senang. Mereka jaga kita dari kecik sampai dewasa. Jangan la kerana lelaki yang baru kenal beberapa bulan or setahun dua ko tegar nak buat tindakan yang menyebabkan family ko bersedih. Tak patut.. memang tak patut. Dah ada anak esok, baru ko rasa apa yang family ko rasa, tak caya terai la buat. 

Bacaan berita penuh disini.