Tun Dr Siti Hasmah sedih kejadian campak bayi dari tingkat tiga.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini melahirkan rasa sedih atas kejadian seorang bayi dicampak dari sebuah apartment di Petaling Jaya, Ahad lalu.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pendidikan termasuk pendidikan agama dan kaunseling ditekankan dalam mengatasi masalah membuang bayi.
Isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, apabila wujud masalah sosial yang melibatkan kehamilan di kalangan remaja, ia akan menjurus kepada gejala pembuangan bayi.
"Rasa sedih, anak yang tidak berdosa, telah dicampakkan begitu sahaja. Kita ni bukan haiwan, bukan binatang, yang tak sayangkan anak," katanya selepas melancarkan 'Program Kenali Anak Kita Petronas' di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kejadian seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga Apartmen Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini dan mayat bayi itu ditemui di tempat letak kereta Blok 1 pangsapuri itu. -BH-
Sudah sampai masanya untuk jadikan matapelajaran pendidikan islam menjadi matapelajaran wajib lulus. Bahkan ia harus diajar dalam kaedah yang lebih pratikal. Maksudnya, budak2 neh kena pandai mengaji, kena pandai bersolat, dan kena hafal perkara yang wajib sebelum dibolehkan untuk naik ke darjah or tingkatan atas.
Maksud aku, katakan budak2 darjah 1. Budak2 yang tak lulus subjek pendidikan islam tak boleh masuk ke darjah 2 dan begitulah seterusnya. Kita kena pentingkan pendidikan islam. Jika ini dapat dijadikan asas, insya-Allah ia sekurang2nya boleh membantu mengurangkan kes buang bayi akibat zina.
Namun ini cuma salah satu langkah untuk membantu masyarakat memahami bahaya perzinaan. Perlu jalankan pelbagai langkah2 yang bersesuaian jika benar2 mahu mengatasi permasalah tersebut secara menyeluruh. Baik dari segi pendidikan, undang2 dan hukuman, semua nya perlu diselaraskan, jika kita ada keinginan untuk mengubati 'barah buang bayi' dalam masyarakat muslim.
Yang neh, jika kerajaan tubuhkan siasatan dan panel khas untuk menyiasat langkah2 yang bersesuaian, rasa tiada sesiapa pun akan komplain. Fikirkan.