t>

Breaking News

Khalid, Salahuddin putus hubungan dengan Nasha.

Semua neh berkisar di atas penyebaran satu video. Lihat sini bagi mereka yang belum menonton video tersebut. Dalam video tersebut ustaz nasharuddin ada mengeluarkan statement mengenai doa negara kristian, rujuk sini. 

Dan disebabkan kenyataan tersebut, kedua2 pimpinan pas pusat bertindak memutuskan perhubungan dengan ustaz nasharuddin mat isa yang disifatkan telah mengeluarkan kenyataan yang di anggap keterlaluan dan mengeruhkan perhubungan sesama pimpinan, ahli dan penyokong pakatan rakyat.

Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.

"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.  -MKINI-

Sapa menipu?

Sapa yang bercakap benar?

Yang tue seme aku tatau. Tapi oleh kerana ustaz nasharuddin yang keluarkan statement awal, maka elokla dia buktikan kenyataan dia. Jika dia gagal buktikan nampaknya kita dah tahu siapa betul dan siapa tidak betul.

Sebenarnya dalam islam, kita tak patut putuskan perhubungan dan silaturahim sesama kita. Harap kedua2 pimpinan pas pusat dan ustaz nasharuddin boleh duduk berbincang dan selesaikan konflik dalaman secara matang. Jangan gunakan media seperti perangai sesetengah pemimpin parti.