t>

Breaking News

Lelaki ini ditahan kerana pecahkan cermin restoran Mcdonald's.

Cermin yang dimaksudkan ;


Niat dia baik. Mahu menyatakan sokongan kepada Palestine. Mahu menunjukkan bantahan terbuka terhadap apa yang Mcdonald lakukan kerana menyumbang kepada kezaliman zionist. Tetapi sayangnya.. cara dia tidak baik. 

Kita tidak boleh membalas kejahatan dengan kejahatan kerana akhirnya nanti orang akan melihat enhhh dua2 pun sama jahat rupanya. Sebab tue kita kena ikut cara yang betul untuk zahirkan bantahan. Individu yang dimaksudkan adalah seorang lepasan mahasiswa yang berusia 25 tahun. Ini gambar yang tersiar di portal online. Wajahnya dikaburkan atas tujuan tertentu ;


Ketika kejadian, dia telah membawa penukul dan memakai topeng muka dan mengetuk cermin kaca restoran mcdonald berulang kali sebelum bertindak melarikan diri dengan kenderaan yang dia bawa ketika itu. Yang buat dia terkantoi sebab ada orang berjaya merakamkan no plat kenderaan tersebut sebelum membawa kepada penahanan dia, di rumahnya selepas disiasat oleh police.

Apa pun ini tingkah laku yang kita tak patut buat. Cuma kalau ikut pandangan aku, aku takmo la hukum dia. Mungkin dia terlalu sedih dan kecewa dengan apa yang dibuat oleh mcdonald dan israel ke atas palestine. Dan boleh jadi dia mahu menjadi wakeup call agar berita melaporkan apa yang dia buat. 

At least dari sana muslim2 yang masih tidur mungkin terjaga dan akan mencari info ehh apa plak kaitan mekdi dengan zionist neh? Zionist bunuh palestine aku beli mekdi... tindakan dia mungkin boleh menghasilkan tindakan yang lain pula. Harap2 dia lepas dan tidak dikenakan hukuman yang berat. Bai. 

Sumber : sini