t>

Breaking News

Power Kaabah.. apa tue? [Video Inside]

Orang kata benda neh ada kaitan dengan Al-arqam. Kesahihan nya tidak terbukti. Tapi aku memang nampak kaitanya disitu bila nama abuya tertera kat lirik lagu. And siyes video yang korang bakal saksikan ini memang akan menyebabkan korang terpinga-pinga. Aku satu haram tak faham apa benda yang dorang cuba sampaikan. Walaupun aku dah baca lirik lagu dorang. Bukan setakat dengar jek.

Nah,

Korang baca sendiri kot2 korang boleh faham la kan ;

Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…
Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power
Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya


Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah


Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?


Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan


Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu


Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya


Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah


Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali


Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…


Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…


Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan


Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi


Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam


Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…


Ini baru lirik lagu aje tau. Belum lagi video dia. Nak tengok tak video dorang? Nah, tengok kat bawah neh sendiri ;

 

Pfftttt..

Siap ada tarian nasyid lagi. Memang power siot. 

Wakaka..

First time aku tengok. No bad. Cuma macam tak sesuai je lelaki perempuan tue. Lepas tue kan.. lirik lagu dorang pehhhh betul2 boleh buat orang keliru. Cadangan aku mohon penguatkuasa jalankan siasatan ke atas mereka2 yang terlibat dalam penyebaran video di atas. Aku bukan apa.. aku rasa seme orang dah tahu yang abuya tue dah meninggal dunia. Dah takde. Apa ke mender nya abuya keluar dari kaabah tah?

Lirik2 lagu ini juga boleh menimbulkan kontroversi dan menghasilkan persepsi serong. Tolong la kerajaan pantau benda yang terang2 memeningkan neh dari layan kes nurul izzah yang jelas terbukti propaganda politik tue.. Pleasee..