t>

Breaking News

Ustaz Azhar Idrus Nafi makan Mcdonald.

Tak faham kenapa dorang sebarkan gambar UAI makan mekdi kat media sosial. Mungkin bertujuan nak memperlekehkan UAI kot disebabkan UAI cakap jangan ambil burger percuma. Yang sebenarnya UAI memberikan respon secara general.

Ini kerana ada orang tanya UAI apa hukum nya amek burger percuma yang diberikan kepada MCD pada hari ini [19 nov]. So UAI respon cakap jangan ambil. Ustaz tak cakap pun dosa ka haram ke apa. Cuma ustaz cakap jangan amek.

Tapi tak faham la kenapa ada yang terasa apa seme lalu sebarkan satu gambar. Konon nya itu bukti yang ustaz pun pernah makan mekdi. Yang sebenarnya kalau ko nak amek burger free tue amek je la. 

Tak payah la ko melepaskan kemarahan ke atas ustaz. Biar je mereka taknak amek. Hormati keputusan mereka dan automatik mereka juga akan hormati keputusan ko yang nak amek. Aku tak fikir mereka sampai ke sampai nak bunuh ko semata2 ko nak amek burger free tue.

Aku pun siap ada niat nak amek tadi. Tapi disebabkan member aku tak dapat p amek sebab dah lambat p kerja jadi tak dapat aku nak amek. Aku rileks jek walaupun macam2 benda dorang cakap. Ini kerana kita lebih jelas tentang diri kita. Mereka boleh bercakap dan sangka apa sahaja tetapi oleh kerana kita lebih jelas niat kita yang nak p amek tue apa so rileks dan sabar sudah la. Janganla disebabkan itu ko nak buat benda merepek2 plak.

Lagi satu. Tadi mekdi tue bagi burger je beb. Bukan 1 set. Demm. Aku ingatkan satu set. Kedekutnya mekdi. Aku fikir boleh dapatkan balik sedikit pelaburan rm12 kat mcd tahun neh nampaknya harapan berkecai. Ada rakan kelas p amek dia cakap hanya burger je. Lepas tue dia cakap boleh ulang2 amek plak tue. Bukan dorang cam sapa yang amek. Kalau satu kereta mai 5 orang.. 5-5 tue boleh amek. Macam dia.

Wakaka.

Sambung balik pasal UAI.. ini jawapan ustaz tentang gambar yang sedang hangat disebarkan sekarang neh ;



Ustaz tak salah bila dia cakap jangan amek burger tue. Tapi orang yang p sebarkan gambar di atas tue salah sebab ada persepsi buruk kat ustaz disebabkan dia sentap bila orang kutuk macam2 bila dia nak amek burger free. 

Kan tak pasal2 dah terfitnah ustaz walaupun sebenarnya tanpa niat. Nasib baik ustaz steady jek nak jawab cara baik. 

Pada pandangan aku yang juga ada niat nak amek burger free tadi.. aku juga kena sound tapi rileks sudah la. Mereka tak berada di kasut kita. Mereka pun bukan kawan2 terdekat yang mengenali kita. 

Jadi jangan la harap seme orang akan faham kenapa kita buat keputusan seperti itu. Ko nak amek, amek je. Ustaz ada hak nak nasihatkan orang jangan amek sama seperti ko ada hak untuk amek. Dah amek, dah makan, dah kenyang sudah la. Tapi aku tak dapat amek..geram gak tue.

Wakaka..