t>

Breaking News

39% Wanita Malaysia Curang? "Tak Benar!" Kata Menteri

Penafian.


Bila fikir2 balik mungkin benar dan mungkin tidak benar. Kalau menafikan hanya kerana ko juga seorang perempuan itu macam kelakar. Mana boleh kita nafikan sesuatu hanya bersandarkan kepada jantina seseorang kan.

Yang sebenarnya kajian ini dijalankan oleh Durex Survey. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa malaysia di tempat ketiga. Untuk ketegori apa tue? Kategori wanita malaysia suka curang. 

Sebanyak 39% wanita di malaysia suka curang terhadap pasangan masing2. Kajian dijalankan ke atas wanita malaysia dan sebanyak 39% dari mereka mengakui curang terhadap pasangan masing2.

Hehe.

Bestnya jadi manusia yang curang kan.

Wakaka.

ACCRA, Ghana – Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
Namun kenyataan di atas di sangkal oleh timbalan menteri wanita. Yup. Timbalan. Menteri wanita buat masa mungkin ada krisis jantina. Tatau nak sangkal ataupun nak setuju kerana kajian ini berkenaan wanita dan err.. menteri tue.. mungkin ada konflik jantina. Jadi timbalan dia akan jawab bagi dia oke.

Wakaka.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa 39 peratus wanita berkahwin di negara ini curang terhadap pasangan mereka.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Noriah Kasnon berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian.

“Malahan, melalui kajian berkenaan, masalah kecurangan dilihat tidak begitu serius di kalangan pasangan yang telah berkahwin di negara ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.

Beliau berkata menurut kajian itu, sebanyak 41.8 peratus kes perceraian di negara ini kerana tiada persefahaman manakala pasangan curang serta enggan dimadu masing-masing enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.

Dari apa yang aku fahamkan kaji selidik ini tidak menyatakan samada pasangan yang curang tue dah berkahwin ke apa ke. Hanya mengatakan 39% wanita di malaysia curang. Status samada bujang ke, bercinta ke bertunang ke tak pula diketahui.

Tak boleh nak anggap kajian ini mewakili keseluruhan wanita di malaysia. Tetapi kajian di atas tak semestinya salah. Sama juga dengan penafian Timbalan menteri wanita. 

Tak salah bahkan memang mewakili fakta bahawa kes perceraian yang membabitkan pasangan curang adalah lebih kecil dari perceraian yang membabitkan tiada kesefahaman [wang/ekonomi/keluarga/kerjaya/kurang didikan agama].

Cuma sayangnya ia dikupas dari dua sudut yang berbeza. Kalau bercakap pasal wanita curang.. di Malaysia. Hehe. Bukanlah perkara yang mengejutkan oke. 

Bai.