t>

Breaking News

'Kami sokong Umno, tapi diberi sampah.


Sekumpulan penduduk Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor menyatakan kekesalan terhadap Umno negeri itu yang didakwa bukan sahaja gagal menolong malah turut mengainaya mereka.

Ia berikutan tindakan parti yang disokong mereka sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletak hanya beberapa ratus meter dari penempatan mereka.

Ibarat 'diberi madu dibalas tuba', Umno kata mereka tidak mempedulikan nasib penduduk biarpun sudah beberapa kali bantahan dibuat.

"Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama?

"Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?" soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad.


Hampir 10 orang wakil penduduk kampung itu malam tadi tampil di pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini.

Mereka membawa kain rentang raksasa bertulis, "Bantah, kami tak mahu sampah, sokong Umno dapat sampah" sebagai menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap Umno.

Dalam nada merayu, Nazrin dalam ucapannya malam tadi, memohon Pakatan Rakyat membela nasib mereka kerana menganggap Umno sudah tidak boleh diharap lagi untuk membela mereka yang rata-rata orang Melayu.

"Tolong kami, kami rayu kepada Pakatan Rakyat, tolong la pindakan tapak itu jika berjaya ke Putrajaya. -HD-

Kubu kuat umno sekarang pun mengalami pemberontakkan dalaman dari orang2 umno sendiri. Apatah lagi kat tempat lain. Memang kebencian meluap2 terhadap bn dan umno semakin dirasai kat merata tempat. Sebab tue la orang umno sendiri turun padang bagitau kekesalan mereka terhadap apa yang umno dah buat.

Sebenarnya, mana2 pihak yang terasa dianiaya oleh umno dan bn boleh turut bersama2 dengan pelbagai NGO pada hari 12/1 nanti. Di kl. 

Pada hari itu ratusan bahkan mungkin ribuan NGO dan rakyat yang tertindas akan bergabung untuk nyatakan masalah masing2.. memang betul demo tak boleh selesaikan masalah tetapi kita harap dengan penyatuan kita dalam demo itu kelak dapat memberikan gambaran jelas kepada bn bahawa kita tidak suka apa yang mereka buat dan kita minta mereka ubah.. 

Mungkin bila mereka melihat terlalu ramai yang hadir protes, mereka akan tukar pendirian2 mereka terhadap beberapa masalah berbangkit. Belum cuba belum tahu. Sebab tue la ramai2 kena turun protes pada hari tersebut. Maklumat lanjut mengenai hal itu akan menyusul kelak.