t>

Breaking News

Hot : Astro PRIMA dikecam kerana SAHARA.

Hentikan drama SAHARA.

Sejujurnya aku tak tengok langsung drama melayu bertajuk SAHARA ini. Aku pun tak berapa pasti jalan cerita dia macam mana tetapi dikatakan jalan cerita dalam drama ini telah melakukan penghinaan ataupun sindiran kasar dan halus terhadap ;

1. Mereka2 yang berpurdah/menutup aurat

2. Sekolah2 Tahfiz

3. Islam secara tidak langsung

Berikut luahan yang ditulis oleh mereka2 yang sedang giat berkempen membantah penayangan drama SAHARA di saluran Astro PRIMA.


Kami mengecam ASTRO PRIMA kerana menayangkan drama SAHARA yang secara terang-terangan mengeksploitasikan muslimah yang berniqab.

Apakah nilai yang cuba disampaikan oleh penerbit, pengarah dan ASTRO PRIMA sendiri melalui drama yang terang-terangan menghina hukum Allah dan mengundang fitnah ke atas imej para ummahatul mukminin.

Amat menjijikan apabila agama dipergunakan demi survival drama ini. Malang sekali kerana pengarah drama juga merupakan seorang muslim. muslim yang gagal meletakkan sensitiviti agama di tempat yang sepatutnya.

Demi kesucian Islam dan keluhuran sunnah baginda nabi saw, kami menggesa pihak ASTRO PRIMA Hentikan Drama Sahara ini serta merta!

 

Kat atas neh versi promo yang diupload oleh sumber asal iaitu pihak produksi drama SAHARA. Video asal telah dipadamkan dari youtube. Rasanya kerana menerima komen2 negatif kot.

Dan menurut mereka yang membantah penayangan drama SAHARA ini lagi ;

Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nk menonjolkan kesucian islam bukan memperlekehkan pakaian sunnah. Betul....kami niqabis bukan sempurna tp jgn diperlekehkan pakaian sunnah ini...kalau kamu sayang pada baginda saw..kamu x mungkin membuat penghinaan seperti ini kan? Mungkin drama ini konsep dakwah komedi tp harus clear perkara2 yg boleh merosakkan aqidah. Kamu pencetus pemikiran negatif pada jiwa anak2 org islam. Bagaimana org lain ingin melihat islam itu agama yg suci dan indah bilamana kamu sendiri yg merosakkannya. Fikir2kan lah..hidup kita bukan atas dunia saja...apa yg kita tanam..dapatlah hasilnya di akhirat nanti. Wallahua'lam.

Page yang membantah drama ini boleh di akses kat sini ==>  https://www.facebook.com/HentikanDramaSahara?group_id=0&filter=1

Sebenarnya kat Malaysia neh lama dah.. penerbit2 filem dan pengarah2 drama asyik2 bagi alasan nak menyedarkan la, buat drama ala2 islamik la.. untuk memberikan kesedaran dan keinsafan kepada penonton.. bagi depa islamik tue sekadar tutup aurat, pakai songkok, ada adegan solat2 dah cukup syarat.. islamik la sangatt macam tue. Islamik hapa jadahnya kalau setakat pakai tudung? Kalau setakat pakai tudung tue nangka pun bersarung. Nangka pun ada nangka islamik?

Hehe.

Pendek kata mohon penerbit2 drama dan filem di malaysia.. tolong jangan anggap islamik itu hanya semata2 berkaitan aurat jek oke. Ia lebih luas. Punyala bersepah ustaz dan ustazah di malaysia, cuba la kalau buat drama tue minta nasihat dan tunjuk ajar sikit dari ustaz2 kita. Aku tak rasa itu perkara yang susah untuk dibuat, antara nak dengan taknak je. Haha. Oke bai.