t>

Breaking News

JAKIM sahkan STARBUCK haram?

Setelah tersebarnya info di bawah, aku telah mencuba dapatkan pengesahan dari pihak JAKIM sendiri. Menerusi no yang tertera di bawah neh. Namun apa yang berlaku ialah hanya operator robot yang menjawab panggilan tersebut.

Tengok2 jam aisehmen lagi 5 minit nak masuk pukul 1 arh. Maybe dorang dah keluar rehat kot. Aku nya posting neh walaupun terpapar jam 2 petang dan ke atas tetapi tak semestinya aku baru update. Aku update siap2, tetapi publish tu lewat2 sikit. 

Apa pun member2 yang sedang giat sebarkan info kat bawah, minta reramai hold dulu oke.


Try call no yang tertera, dapatkan pengesahan dan baru sebarkan kalau betul. Bukan aku nak bekap starbuck ke apa, jangan salah faham. Cuma takmo la kita terlibat dalam perkara2 macam neh. Sebar punya sebar punya sebar last2 hanyalah satu salah faham dan propaganda sesetengah pihak. Sekarang aku kena belajar untuk ubah pendekatan aku. 

Sebelum sebar nak kena belajar pastikan terlebih dahulu. Kalau sebar untuk pastikan pun oke, jangan sebar sebab percaya 100%. Asyik terkena je. Serik beb. Hehe.  

Kalau dah confirm JAKIM cakap HARAM macam makanan di sesetengah OLD TOWN WHITE COFFEE tue, then baru sebarkan oke. Bai.