t>

Breaking News

Lagi kes cerai sebab berbeza fahaman politik.


Sumber gambar : sini.

Sebelum tue baca sini, sini dan sini .

Asalnya aku simpati dengan nenek di atas. Simpati sangat. Sudah la tua, di ceraikan pula. Bagi aku alah belajar la menghormati antara satu sama lain perbezaan politik tue. Walaupun sukar kena cuba juga. Nak buat macam mana pendapat kita tak mungkin boleh sama kalau dah beza politik. Kalau takmo cerai2 then lain kali sebelum kahwin tanya dulu ;

Lue sokong umno ka pas?

Saya sokong pas dan nak kahwin dengan penyokong pas jek.

Saya sokong umno dan nak kahwin dengan penyokong umno jek.

Simple.

Kalau sebelum kahwin tak kisah bab2 pandangan politik kenapa pula lepas kahwin ia mesti jadi isu? Kan dah menyusahkan seme pihak tak pasal2. Tak fikir panjang. Itu pendapat aku la. Namun kes perceraian disebabkan perbezaan politik amatlah kecik peratusan nya. Hampir tak wujud walaupun ada.

Maksudnya orang2 zaman sekarang lebih terbuka berbanding orang dulu2. Bukan sahaja terbuka bahkan matang. Ada je yang mana wanita nya puteri umno tegar dan suami nya pro pakatan rakyat. Aku kenal. Macam tak percaya tapi rilex sudah la. Politik lain citer, hal rumahtangga lain citer.

Yang menariknya pasangan2 seperti ini lebih dapat memahami perjuangan parti pasangan masing2 dengan sesama sendiri tidak bercakap maki hamun dan sebarkan fitnah kepada parti lawan. Ini positifnya. Tujuan takmo bagi pasangan masing2 tersinggung kalau2 perbuatan tersebut menyebabkan mereka berkecil ahti antara satu sama lain.

Berbalik kepada kes di atas. Macam aku sebutkan tadi, asalnya aku simpati. Tapi sekarang sudah tak lagi. Kenapa? Sebabnya ;

1. Bukan 'lagi kes cerai' sebaliknya kes cerai yang direcyclekan.

2. Yang menarik alasan cerai dah bertukar.

3. Hari tue dia cakap pasal hadir ceramah

4. La neh dia cakap pasal takmo jadi ahli pas.

5. Next time pasal apa pula aku tatau la.

6. Alasan tak konsisten.

7. Macam mana nak dapatkan simpati orang? 

Kena gelak je la kot.

Wakaka. Sorry nenek. Jangan marah. Bai.