Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan
Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak
(Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung
fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz
Norazli Musa.
Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah
dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011
yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan
Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.
Dalam kenyataan itu, beliau
juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000
semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN.
Hakim
turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon
maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh
seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Norazli yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Taliban' diwakili peguam PAS Perak, Aminuddin Zulkaple.Norazli
ketika ditemui selepas keputusan tersebut berkata, beliau sangat
bersyukur dengan kemenangannya itu dan menyifatkan ia adalah kemenangan
Pakatan Rakyat.
“Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan
tersebut dan ini adalah tkhanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat khususnya
di Perak,” katanya yang ternyata gembira dengan keputusan tersebut.
Pada
11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan
'Ustaz Taliban' femfaikan saman terhadap Fauzi dan Utusan Malaysia
berikutan fitnah tersebut.
Bagaimanapun akhbar Umno tersebut
membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan
ganti rugi kepada Norazli.
Kata beliau, wang ganti rugi tersebut
akan menjadi dana Pakatan Rakyat khususnya PAS dalam menghadapi PRU13
yang akan menjelma tidak lama lagi.
Hadir sama ialah AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam dan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat untuk memerikan sokongan. -HD-
PAS PERAK menang saman fitnah RM100,000.00.
Reviewed by Unknown
on
4:25:00 PTG
Rating: 5