t>

Breaking News

Penjelasan TMJ mengenai kejadian di Stadium Kota Bharu.


Aku agak ketinggalan dalam isu neh. Tak dan masuk citer awal tahu2 je dah masuk tengah2 cerita. Layankan aje. Hehe.

Kat atas neh ialah komen2 yang dipetik dari sini. Komen2 ini datang dari pelbagai fans bola sepak dari pelbagai negeri mengenai insiden yang melibatkan perlawanan bola sepak kelantan vs johor fc baru2 ini yang berlangsung di stadium kelantan. Antara gambar2 berkaitan insiden di atas ;





 






Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan tiga hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di Johor Bahru semalam. Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.  

"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda. Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.   

Tindakan KAFA tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.

Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.

"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium".

Pendapat aku ;

1. Ini bola sepak, bukan nak pergi berperang. Walaupun ia protokol tetapi protokol pun kena la rasional. Apa motif ko letak pasukan bersenjata pula? Ini macam provokasi awal je.

2. Bila fans kelantan baling something2 tue, tue maksudnya dorang respon terhadap apa yang korang lakukan tadi iaitu bawa pasukan komando. Nampak macam berlagak pun ya.

3. Cuba kurangkan bermain politik dalam arena sukan. Aku rasa sukan kita makin lama makin drop sebab campurtangan politik sesetengah pihak.

4. Aku juga terbaca komen2 anti kelantan dan tuduh2an mengatakan kelantan ganas. Adeh. Kemon la geng. Kita kena bebaskan diri dari anti kenegerian dan anti kelantan. Ini seme propaganda tv3 yang dah meresap dalam diri korang. Media memang kerja dia hari2 kutuk kelantan then dalam masa yang sama kelantan itu la yang menjadi dambaan bn. Heran aku.

Kelantan tak ganas oke. Tapi kalau dah hari2 media kutuk, kritik, kecam dorang pun reti nak self defense dan bentuk pertahanan diri. Sebab tue korang tengok orang2 kelantan lebih ngam dengan puak2 depa sebab sedikit sebanyak dalam pemikiran dorang, puak2 bukan kelantanese anti kelantanese. 

Dan puak2 kelantanese pun kena belajar tukar persepsi tue. Jangan rasa diri korang terpinggir. Sebab bukan seme orang mampu diperbodohkan oleh pihak media oke. Bai