t>

Breaking News

Guna duit BR1M beli dadah.

Dua lelaki ditahan polis di sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan, semalam. 
Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250.
  
Menurutnya, polis turut menemui beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk. 
"Bagaimanapun suspek enggan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Kedua-dua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD  untuk menjalani ujian saringan air kencing.  Mereka didapati positif dadah,” katanya.      
 
Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah, ubat batuk dan air ketum.  "Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen  12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1)," katanya.


Nampaknya sia2 je la BN bagi BRIM kat orang bujang. Kalau yang dapat tue kaki rempit, kaki seks, kaki sosial, kaki dadah, kaki malas kerja memang la membazir sungguh. Bagi free education lagi la berbaloi2 dari bagi BRIM kat orang2 macam neh. 

Pasal kalau bagi kat mahasiswa terang2 kita tahu mereka student dan mereka study. Boleh pantau result and cpga. Kalau bagi kat orang bujang, tahu ke depa buat apa? Itu yang silap tue. Nampak p beli dadah plak tue. 

Ada kat sini, kawasan aku alahai.. mat rempit2 datang amek BRIM naik motor lepas tue merempit dengan awek masing2 lepas dapat BRIM. Kan dia tak kira laki pompuan asal bujang.. betul2 buang duit kerajaan. Dah tue bukan muka2 jenis nak mengundi. Aku rasa kalau disuruh baca pun tah boleh ke tidak. Jangan2 stok tak p sekolah

BANGANG je aku tengok. Aihh.. geram betul. Rasa nak p lanyak muka sekor2. Harap2 pemberian BRIM bujang neh dimahsuhkan terus. Pendapat aku, lebih banyak yang buruk dari baiknya. Siyes. Korang mungkin ada pendapat berbeza. Silakan.