Kanak-kanak lelaki dibunuh, disimen jadi patung.
Kejamnya.
Budak 3 tahun pun ko bunuh. Apa la sangat kesalahan budak 3 tahun kan? Budak2 lagi. Kes neh berlaku di Indonesia, bukan di malaysia. Tapi ia jadi perhatian antarabangsa sebab melibatkan kanak2 sebagai mangsa, yang mana menjadi world concern kan kalau apa2 aktiviti keganasan yang melibatkan kanak2 dan wanita. Berbeza sikit kalau lelaki yang jadi mangsa, biasanya masyarakat anggap itu perkara normal.. aku pun kurang pasti kenapa.. kalau aku tulis karang tak pasal2 aku yang jadi kontroversi plak..
HAHAHAHA..
Gambar mangsa dan kisah sedihnya kat bawah neh. Gambar lelaki tue ialah suspect yang dipercayai membunuh kanak2 ini sebelum dijadikan patung simen. Lelaki itu pula konon nya sakit jiwa.

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya.
Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari semalam apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.
Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk 'patung' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis.
Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.
Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan petang semalam, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.
Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.
Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.
Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu.
- Bernama