t>

Breaking News

Kenyataan PDRM Isu Individu Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Permaisuri Agung.

POLIS TAHAN LELAKI KERANA TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA RAJA PERMAISURI AGONG

George Town, 12 Feb : Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek. Dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Supt Hatta Md Zin berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan. BERNAMA

Nampaknya terbuktilah bloggers umno suka menulis fitnah. Rujuk sini. Rupanya lelaki tersebut bengang kat bapa dia. Dan dia lepaskan kemarahan kepada orang lain. Konon dah geram sangat la. Bukan la sebab politik ke apa..

BODOH nya lahai.. sebarkan benda merapu2.. lepas tue ada la melayu2 bangang pergi takut tak tentu hala..

Tah hapa2. 

Bila ada orang buat kenyataan mendahului polis, puak2 ini suka marah. Kata mereka tak respect polis. Kita ingatkan bila mereka marah2 mesti mereka tak lakukan tindakan seperti orang lain. Mesti mereka jenis tunggu kenyataan polis dan baru sebarkan sesuatu. Rupanya tingkah laku mereka lebih teruk dari orang yang mereka marahkan tue. Bahkan siap fitnah dan tokok tambah benda yang tiada.

Sudah2 la tu.. kesian sikit kat bn. Antara sebab2 BN kehilangan kepercayaan rakyat adalah berpunca dari tingkah laku bloggers umno. Sebab tue la ada sesetengah dari korang dipulau oleh pemimpin2 umno. Rupanya pemimpin umno pun bencikan fitnah. Harap penyokong2 umno yang cerdik pandai2 la memilih dengan membaca blog yang sebarkan kebenaran.. nak sokong umno hak masing2 tapi jangan disebabkan nak sokong tu memaksa kita menfitnah pula.. renungkan oke. Bai.