t>

Breaking News

Luahan untuk semua orang melayu malaysia.

Aku sebenarnya tak pernah menganggap masalah neh seriyus. Siyes. Sehinggala aku semakin dewasa, semakin bercampur gaul dengan orang luar dan lebih berusia, semakin tercampur dalam masyarakat.. baru la aku rasa isu islam hak mutlak melayu memang merupakan satu isu di malaysia.

Bahkan aku semakin buka mata, buka minda, buka fikiran bila aku duduk dalam kumpulan2 pro politik neh. Dan akhirnya aku akui memang isu neh merupakan satu isu seriyus. Pernah dulu masa aku sekolah menengah, sebab aku sekolah jenis majoriti cina masa tue.. ada la sorang chinese tu tanya aku.. 

Kalau saya ikut puasa.. salah tak?

Soalan apa tue? Aku siyes rasa kelakar. Ko nak puasa, ko puasa je la. Kenapa pula ko rasa salah? Masa tue aku tak nampak lagi kenapa dia tanya macam tue. Aku tak faham. Aku ingatkan dia tue tongong. Apa ko ingat kalau sesiapa yang bukan muslim nak ikut puasa, ia isu di malaysia ke?

Aku siyes menyalahkan kaum2 yang bukan beragama islam neh ialah kaum yang tah hapa2.

Takut pakai baju kurung.
Takut cakap bahasa melayu.
Takut rapat dengan budak2 melayu.
Takut makan kat kedai melayu.

Apa tue?

Kenapa takut nampak melibatkan diri dengan budaya melayu? 

Jadi rupanya ketakutan mereka berasas. Dan ketakutan mereka berpunca dari orang melayu itu sendiri. Memang tak dinafikan sesetengah melayu di sini memang bullshit perangainya. MACAM BABI. Arh tukar term. Nanti kak pah marah aku sapa nak jawab. Tak larat den nak listen yor.

Ketakutan mereka berpunca kerana mereka bimbang disalaherti. Katakan mereka rapat dengan budak2 melayu so orang akan cakap tuee nak masuk islam la tu.. padahal dia rasa dia nak berkawan dengan budak2 melayu je sebab itu la persekitaran dia.. kenapa pula cina, india, melayu tak ley berkawan rapat? Kenapa pula persepsi melayu = islam itu boleh timbul?

Berkawan dengan melayu tidak menjadikan anda penganut muslim. Anda boleh bebas menganuti apa2 agama anda dan boleh berkawan dengan sesiapa pun tanpa risau mengenai kepercayaan anda.

Sama juga seperti anda boleh menganuti islam tanpa kerisauan kerana islam bukan hak orang melayu. Apa tah nama cina muslim di youtube tu. Aku teringat dia cakap di malaysia melayu ingat islam tu dia punya.

Ya aku setuju.

Melayu ingat ISLAM tue macam HARTA bapa dorang. Orang kata kalau dah beria2 nak kan ISLAM sangat perangai mestilah mencerminkan kehendak islam, selari dengan tuntutan agama, tetapi adakah perangai kat bawah neh selari dengan tuntutan islam? Apa pun aku respect orang kelantan. Dorang punya semangat nak dakwah dan ikut cara hidup islam tue sentiasa melebihi dari orang2 islam di negeri lain. Over puji? Jangan salah faham. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku, pengalaman ko mungkin berbeza. Usah sakit ahti beb.

Macam lec aku dulu. Sekali tengok macam cina. Eh nama melayu? Melayu putih melepak neh.  Aku fikir. Tapi sebenarnya dia memang cina pun. Cina muslim. Orang kelantan. Pernah dia cakap, dia pergi mana2 pun orang anggap dia eh cina ke melayu neh di kl.. sebenarnya bukan isu pasal dia memang cina. 

Tapi jadi isu bila dia melakukan perkara2 yang membabitkan ibadah. Kalau di kelantan ia perkara biasa. Tapi kalau di kl ia macam luar biasa. Macam la pelik sangat cina pun ada yang menganuti islam. Dorang rasa rare. Kenapa rare? Sebab ko ingat ISLAM tue melayu yang punya ke?

Yang sebenarnya, kita tak payah sembang kencang kita pro islam la kalau akhlak kita paling bullshit mengalahkan syaitan. 

Kalau kita berani tulis, berani cakap, berani laung, berani sebut, tolonglah ingat sekali, kita pun kena berani laksanakan apa yang kita pertahankan tue. Dan islam bukan agama yang racist. Tetapi ko tue jek yang racist. Fikirkan..

Baca bawah ;

Kepada MELAYU......

Kepada Melayu yg beragama islam , berakhlak mulia bacalah buat renungan, buat Melayu yg beragama islam, berakhlak Kafir bacalah buat tamparan bagi kamu.
 
To Thecoolmegacats;

Saya sudah memeluk agama islam selama setahun lebih, saya dari agama hindu. Sebelum saya masuk islam, saya berada di kelantan saya bertugas sebagai dispatch clerk, ke hulur dan ke hilir dengan motorbike saya menghantar surat. Setiap hari saya bangun awal, tak payah pakai jam loceng untuk kejutkan saya, Azan subuh sudah mencukupi, saya banyak joint budak2 islam kat sana , tak kira melayu, cina atau india. Dier orang ni memang menghormati saya sebagai seorang sahabat , tak pernah saya dipanggil "india","keling", atau panggilan2 lain yg menyakiti hati saya. Bila saya pi sembayang kat kuil pun deir orang tunggu saya kat luar kuil, tak pernah pulak dier orang kutuk kuil atau dewa2. Dihati saya memang terpikir nak tau sangat pasal islam, Saya pun tanya kat member2, dier orang explain kat saya 1 hari suntuk, dengan mendengar bukti yg kukuh, terasa di diri saya ini hindu adalah agama yg banyak mempercayai cerita2 mitos dan banyak pula dewa2 nya, then only saya memeluk agama islam yg suci ini, memang , selepas saya memeluk islam jiwa saya terasa aman, I have peace in my soul, sebelum itu pulak, terasa kesempitan dalam diri saya. Dan saya semasa itu tercari2 benda yg saya rasakan amat penting tapi saya pun tak tau apa benda itu.

Selepas saya memeluk islam member2 yg yg beragama islam dari pelbagai bangsa, banyak mengajar saya , dari soal sembayang hingga ke mengaji.

Sekarang saya berada di KL dah 4 bulan saya berkerja disini, saya terrasa tidak senang lansung, saya dihina sebagai "keling", " mamak". Ada yg tanya macam mana rasanya khinzir, ade pula nya tanya boleh ker saya makan lembu, ade pula tanya " u dah pergi sembayang kat kuil ker belum", saya banyak bersabar, saya meminta pada Allah supaya ampunkan dosa2 mereka dan membuka hati mereka untuk memahami yg Islam itu adalah agama universal dan bukan melayu punya sahaja.

Kutukankan dan kritikan yg saya dengar membuatkan di sudut hati merasakan "kalau macam ni lah islam , terrasa menyesal pulak masuk islam", kenapa , adakah disebabkan saya ini berkulit hitam, negro yg kulit hitam legam yg beragama islam pun tak macam ni, kenapa dihina macam ni, baru2 ni ahad lepas saya lalu ker Yaohan The Mall, kat area jambatan yg bersama LRT, banya budak melayu lepas kat sana, banyak melayu pakai seksi sampai nampak bahagian atas-(paham2 jerlah), bila azan magrib tak reti nak pi sembayang, budak2 pompuan melayu islam hisab rokok, bergaul bebas tidak ditanya kenapa berbuat begini, saya yg masuk islam dihina degan kata2 yg menguris hati saya, mana saya pergi orang/bangsa lain homati saya sebagai kawan tapi bangsa melayu – yg beragama islam kutuk saya , bangsa lain yg beragama islam tak pulak, adakah ini ujian saya, ?, kenapa mulut mereka cabul dan celupar sangat, kalau org tidak dikenali panggil saya "mamak/keling" saya tak endah sangat, tapi member ofis saya sendiri panggil saya "mamak/keling", memang saya rasa terhina betul, sebelum saya masuk islam, tak pernah pulak cina , india, melayu panggil saya india / keling/ mamak, bila masuk islam kat kelantan saya dianggap sebagai saudara sendiri, tapi di KL terlalu fenatik betullah, Bagi saya orang yg menghina islam adalah orang2 kafir….

Kafirkah mereka yg panggil saya ‘keling’, ?, dan masa saya memeluk agama islam yg suci ini, masa isi borang dier tulis memeluk islam bukannya memeluk melayu. Coolmegacats, saya ade membaca artikel yg u hantar sebelum ini, saya sekarang bangga, saya bukan Melayu Islam tapi saya adalah India Islam, Kepada Melayu semua betulkanllah bangasa sendiri sebelum betulkan bangsa lain yg beragama islam.

Alhamdullillah saya bukan Melayu, perangai yg teruk. Maafkan saya bukan semua melayu tapi boleh katakan 90% yg saya jumpa perangai macam setan. Ini bagaikan bak kata pepatah – kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Wasalam

Hamba Allah.

http://tranungkite.net/lama/b08/megacat1.htm