Kronologi kejadian terkini di Lahad Datu.
Tadi pdrm ada keluarkan statement bahawa apa yang terjadi di semporna, sabah tiada kaitan dengan insiden lahad datu kan? Nampaknya kenyataan terbaru dari berita di atas bercanggahan dengan kenyataan awal dari PDRM sebelum ini. Kali neh seorang anggota polis disahkan terkorban akibat diserang oleh tentera penceroboh di lahad datu.
Aku huraikan sikit ;
1. Mereka masuki sabah secara berperingkat. Sejak 4 bulan yang lepas.
2. Siren dah dibunyikan, tanda amaran, warning, situasi dalam keadaan genting, berjaga2.
3. Penduduk kampung tak dibenarkan keluar.
Ini pula update dari agendadaily ;
KETUA Polis Sabah sah 1 polis terbunuh,2 cedera di Semporna diserang hendap nak periksa kumpulan dipercayai penyokong penceroboh Lahad Datu
Kemaskini akan dilakukan secara berperingkat.
Kemaskini dari PDRM. 3.30 pagi, 3.3.2013
LAHAD DATU - Tiada Perintah Berkurung di Semporna
Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza bin Taib, menafikan khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin melalui mana-mana plaform komunikasi termasuk media sosial, sms dan sebagainya. Perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.
Berita dari tv3. Kemaskini jam 3.11pagi, 3.3.2013
#lahaddatu Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17,
Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang khabar angin mengenai perintah berkurung di Semporna
Kemaskini jam 2.54 pagi 3.3.2013
Berita ini perlukan pengesahan lanjut dari pdrm terlebih dahulu.
Kemaskini 2.42 pagi. 3.3.2013
Ini ialah kemaskini dari utusan, menerusi laporan ini, 2 lagi anggota keselamatan kita maut dalam pertempuran dengan tentera penceroboh ;
Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah. Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_06/Lagi-polis-mati-ditembak#ixzz2MPRBpRy6
Kemaskini terbaru 2.32 pagi 3.3.2013
Laporan di bawah perlukan pengesahan lanjut dan kepastian dari PDRM terlebih dahulu.
Sila amek info di bawah sebagai langkah berjaga2. Bukan mahu menimbulkan suasana huru hara tetapi tidak salah kalau berjaga2 dan ber-ahti2. Semoga semua yang berada di sabah selamat, dan semoga tiada lagi pasukan keselamatan kita yang terkorban angkara serang hendap.
Kemaskini jam 2.10 pagi. 3/3/2013
Keratan rakaman minta bantuan dari pasukan keselamatan kita kerana diserang oleh tentera penceroboh ;
Info di atas masih perlu disahkan. Harap maklum
Kemaskini 2.04 pagi 3/3/2013
Lihatlah gambar di bawah neh ;
Kawasan tertentu di sabah dilarang masuk atas tujuan keselamatan.
Kemaskini jam 1.47 pagi. 3/3/2013.
Berita ini perlukan pengesahan lanjut dari PDRM terlebih dahulu.
info terbaru dalam mase terdekat sabah akan diisytihar darurat dan tentera dah mula take over kerana kejadian tembak menembak sudah melarat di semporna,kunak dan beberape tempat lain....siren dah mule kedengaran org ramai diminta berlindung di dalam rumah menunggu tentera dtg ambil untuk bawa ke kem perlindungan...beberape tempat terputus eletrik dan hubungan komunikasi... Kg simunul da 3 peg kite tumbang.5cedera.... Kna serang hendap dari jeti.