t>

Breaking News

Kenyataan penuh PM serangan pasukan keselamatan di Lahad Datu.





Ada benarnya kenyataan Perdana Menteri neh. Nasib baik kali neh dia tak heret dan babitkan Anwar Ibrahim macam hari tue. Kalau dah larang orang berpolitik, dia pun kena la ikut sekali. Jangan dok larang orang politikkan Lahad Datu tapi dalam masa yang sama dia sendiri berpolitik, boleh pula.


Kenyataan media ini adalah untuk hebahan antarabangsa. Ia adalah penjelasan kepada dunia luar dan rakyat malaysia sendiri mengenai apa yang akan dilakukan dan apa yang akan berlaku mengenai serangan lahad datu.

Apa pun rakyat malaysia bersatu ahti tanpa kira pendirian politik, sepakat bahawa penceroboh di lahad datu harus dikeluarkan/dihapuskan secepat mungkin untuk kembalikan keamanan di bumi malaysia yang tercinta ini.
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.  Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. 

Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.  Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. 

Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.