t>

Breaking News

Penduduk Akui Tentera Kiram Ceroboh Kampung Sebelum Serangan Bermula.

Benda yang si hishammudin cakap khabar angin. Jangan dengar apa yang disebarkan tu. Itu semua khabar angin. Spekulasi liar. Kita semua disini aman2 je. Mana ada apa2 yang berlaku.

Hellooo cuba baca apa yang dilaporkan oleh harian metro kat bawah neh. Sila spot tarikh yang dinyatakan. Ia berlaku sebelum Hishammudin dilaporkan berkata ia khabar angin di paper oke.

Selindungkan satu2 perkara untuk bendung rasa takut takut, elakkan keadaan kelam kabut oke. Selindungkan satu2 perkara untuk tutup kerja jahat lampau kita itu tak patut. Kat sini siapa tahu apa sebab menteri kita berbohong? Dia je yang boleh jawab seme neh. Bukan aku.

Baca bawah sat ;

Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya,” kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini.

Penduduk tersebut turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.

“Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka.

“Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan,” katanya - Harian Metro