t>

Breaking News

Polis Sahkan Papa Gomo Ialah Wan Mohammad Azri.

Tergeliat nak menipu sana sini. Mula2 utusan kantoikan papa gomo. Lepas tu Hishammuddin Hussein. Dan yang terkini pula PDRM.

Rujuk dua gambar kat bawah neh dulu ;




Gambar2 di atas dah menunjukkan bahawa kedua2 individu di atas sekurang2nya tahu siapa papa gomo yang sebenar. Terutamanya sekali Hishammudin Hussein. Apa pun dengan kenyataan terbaru dari PDRM, Papa Gomo pasti akan terkantoi dalam saman berjuta2 oleh ;

Anwar Ibrahim
Husam Musa
Lim Guan Eng

Dan beberapa pimpinan pakatan rakyat yang lain.

Masa neh kesemua pemimpin2 UMNO akan mula jauhkan diri. Dorang takan tolong GOMO yang akan susah seorang diri. Sebab tu la UTUSAN kantoikan PAPA GOMO dengan MENYIARKAN wajah PAPA GOMO di muka depan. Itu adalah HINT pertama yang PAPA GOMO akan dijauhkan daripada dikaitkan dengan UMNO dan UTUSAN.

Bila mana KES SAMAN berjalan, UMNO pasti tidak suka jika PAPA GOMO menyebut2 nama UMNO di dalam mahkamah, konon nya UMNO antara yang memberikan dia akses bagi menulis apa saja..

Jadi ini ialah soft reminder kepada PAPA GOMO..

Inila nasib penulis blogger fitnah..  ruang untuk bertaubat masih ada... itupun jika sudi buka ahti untuk kembali ke jalan sebenar..

Baca berita di bawah ;
 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.

Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.

Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.

SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut. -Mkini-