Rais: Tindakan pelajar berkampung depan Angkasapuri tidak hormat hak orang
Nampak sangat pembohongnya.
Rais Yatim menteri pembohong. Sebelum mahasiswa2 ini bertindak melakukan occupy angkasapuri mereka terlebih dahulu dah hantar surat bagi menyatakan hasrat mereka. Mereka dah gunakan ruang dan platform yang disediakan untuk berunding dengan RTM. Tetapi RTM tak layan. Buat bodoh je.
Last2 bila mereka tampil menuntut penjelasan RTM boleh pusing cerita plak. Buat citer bodoh seolah2 macam dorang tak bersalah. Gila keji mereka semua neh. Bercakap seolah2 mahasiswa neh takde otak. Takan la mahasiswa bodoh2 nak pergi berkampung tanpa berunding pada awalnya?
Sudah tentulah mahasiswa awal2 lagi dah melakukan rundingan dengan menghantar surat, telefon dan menunggu jawapan. Sebab takde jawapan la mahasiswa berkampung. Itu punca nya. Alahai. Nak menipu macam la semua orang di malaysia neh bisu tak boleh sebarkan benda benar.
Tah hapa2.
Tindakan sekumpulan pelajar berkampung dan berceramah di depan pintu gerbang Angkasapuri semalam tidak menghormati hak orang lain, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Saya dukacita kerana keadaan itu dilakukan dalam suasana nak pilihan raya dan tidak menghormati hak orang lain.
"Kita menghormati hak mereka di kampus, jadi mereka pun harus menghormati hak institusi-institusi yang telah dikanunkan di bawah perundangan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Himpunan Pemandu Teksi Malaysia (PETEKMA) Johor di Angsana Johor Baharu Mall di sini, hari ini.
Rais berkata, Angkasapuri merupakan kawasan larangan dan tiada sesiapa boleh mengadakan tunjuk perasaan atau pengucapan umum di situ.
"Sekiranya ada pihak yang ingin menyuarakan sesuatu kepada Kementerian atau RTM, saya sedia menerima memorandum atau bertemu dengan mereka.
"Mereka tidak ada nak bertemu dengan kami tetapi terus berceramah di depan pintu gerbang, jadi itu adalah sesuatu di luar perundangan," katanya.
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengadakan "Occupy Angkasapuri" selepas solat Jumaat semalam dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM berhubung permohonan menganjurkan debat dengan Perdana Menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.
Tiga aktivis mahasiswa, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri untuk bertemu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan RTM Mohd Nadzir Don.
Mereka dibebas dengan jaminan polis pada 8.30 malam semalam selepas disoal siasat. - Bernama