Anggota Polis Cedera Dibelasah 6 Lelaki..
Pelik..
Aku memang terasa sesuatu bila baca berita ini. Jangan2 ini kesan dari pengaruh propaganda dan konspirasi politik yang berterusan kot. Sampaikan aku ingat seme yang berlaku ada konspirasi masing2.
Demm..
Boleh jadi memang sekumpulan samseng yang tak puas hati dengan polis tersebut. So dorang bantai le. Apa pun sebagai orang awam kalau terjumpa kejadian seperti di bawah bersegera la report polis. Jangan diam2 je. Nasib baik tak mati polis tu dibelasah samseng...
Seorang konstabel polis yang sedang membeli makanan di sebuah kedai nasi kandar di Kampung Benggali, Butterworth dekat sini cedera dipukul enam lelaki dalam satu kejadian awal pagi 25 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kejadian pada 2.45 pagi itu berlaku apabila seorang daripada enam lelaki berusia 18 hingga 28 tahun itu bertindak memaki hamun anggota polis itu yang bertugas di Balai Polis Butterworth dan memakai pakaian biasa serta tidak bekerja ekoran cuti sakit.
"Ketika sedang beratur untuk membeli makanan, beliau didatangi enam lelaki terbabit sebelum mereka bertindak memaki hamunnya termasuk mencabar polis dengan berkata 'you anggota polis ka, kalau ada pistol you tembaklah saya'," katanya pada sidang akhbar di sini
Beliau berkata anggota polis berusia 25 tahun itu yang tidak mengenali kumpulan lelaki berkenaan bertanya apa yang mereka tidak puas hati terhadapnya.
"Mereka terus memaki hamun dan menghina mangsa serta pasukan polis sebelum bertindak memukul dia menggunakan topi keledar. Orang ramai yang berada di situ tidak berani membantu berikutan kumpulan itu memberi amaran jangan masuk campur," katanya.
Abdul Rahman berkata ketika berlaku kekecohan itu, anggota terbabit sempat menghubungi bilik gerakan dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian serta berjaya menahan empat lelaki
Katanya dua lagi berjaya melarikan diri selepas kejadian, bagaimanapun seorang daripadanya ditahan pada Isnin di
"Mangsa yang bertugas dalam pasukan polis sejak empat tahun lepas itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. Dia mengalami kecederaan di tangan kiri, mulut, badan dan lebam di mata serta muka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan lelaki yang memukul mangsa mengenalinya sebagai anggota polis dan mereka bertindak sedemikian berikutan marahkan pasukan polis.
Abdul Rahman berkata lima lelaki yang ditahan itu juga mempunyai
rekod jenayah lampau antaranya berkaitan curi, dadah, samun dan pecah rumah.
Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian itu nasihatkan orang ramai agar menghormati keselamatan dan jika ada yang tidak berpuas hati mereka boleh datang ke pejabat saya untuk membuat aduan dan bukan begini caranya untuk selesaikan (memukul anggota polis)," katanya.