Bayi Baru Lahir Dipukul, Dihempas, Dilemaskan Hingga Mati..
KEJAM nya..
Siapa yang bunuh dia dan kenapa tergemak memperlakukan anak kecil seperti ini? Anak kecil yang tak berdosa dan tatau apa2..
Aku tatau sapa bunuh dia. Mak dia sendiri ke? Orang lain ke? Bagaimana boleh tergamak sampai ahti nak bunuh nyawa seorang bayi ek? Agak2nya ketika mereka membunuh bayi mereka takde rasa simpati ke apa ketika bayi tersebut merengek2 minta tolong?
ZALIM. Ini perbuatan yang ZALIM. Kalau la ini anak2 yang lahir dari perhubungan HARAM lagi ZINA.. haruslah dihukum sekeras kerasnya..
Dah makin melampau2 dan menjadi2 plak kekejaman mereka. Sial.
Taknak anak bagi la kat orang. Baby hatch kan ada. Dah ajar beberapa kali pun tak reti2 juga. BODOH. Aku nak sangat tahu sapa bunuh budak neh.. dapat je siapa dia nahas la kena bash kaw2 dengan masyarakat.. baru ko rasakan langit tue tinggi ke rendah. Sohai..
Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.
“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat. - SH