Prof Khoo Kay Kim KRITIK FAM.
Setuju la sangat.
FAM ini pantang kena tegur. Asal tegur kena surat warning. Asal tegur kena denda. Asal tegur kena warning dalam media. Asal tegur kena tindakan displin.
MACAM SOHAI je aku tengok.
Tadi aku baca SINAR HARIAN. Ternampak berita ini. Memang best.
Beliau berkata sekiranya FAM meneruskan tindakan menghukum ahli gabunganya dengan menggunakan Artikel 88 Statut FAM, lama-kelamaan kelangsungan perkembangan bola sepak negara akan terbantut.
"Mereka (FAM) sepatutnya lebih risau dengan prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang semakin merudum dan bukannya sibuk mencari kesalahan orang lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Khoo berkata FAM harus segera hentikan 'ketagihan' menghukum orang lain sebaliknya kembali menumpukan perhatian kepada misi asalnya sebagai badan induk yang memayungi sukan bola sepak di negara ini.
Beliau berkata sekiranya perkara itu berterusan ianya dikhuatiri akan membunuh minat orang ramai untuk terus menyokong skuad Harimau Malaya.
"Saya cadangkan agar FAM tentukan tempoh masa contohnya tiga atau empat tahun untuk mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak dengan cara memperbaiki kelemahan yang ada pada skuad kebangsaan," katanya.
Khoo berkata beliau hanya sekadar melontarkan buah fikiran demi kebaikan bersama, terpulang kepada pihak FAM untuk menentukan kaedah terbaik bagi mengatasi kekurangan yang ada."Saya sedar bahawa FAM tidak suka 'orang luar' campur tangan dalam urusan mereka namun 'orang luar' tidak akan berhenti mengkritik FAM selagi prestasi bola sepak negara masih berada di takuk lama," katanya.
Beliau berkata skuad Harimau Malaya adalah milik rakyat Malaysia dan mereka berhak mengkritik pengurusan yang mengendalikan pasukan kebanggaan mereka itu.
Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak itu.
FAM memang dah gila dah. Dia ingat dia TUHAN ke yang tak boleh kritik sangat?
PODAHHHHHH
Kalau dapat buat MASS demo untuk kita BANTAI dan BALON FAM kaw2 memang best. Baru cerdik sikit akai pengurusan FAM tue. Ingat orang takut sangat kat dia? Pui. Boleh jalan la lue.