t>

Breaking News

PRU13: GADUH REBUT KAWASAN PASANG BENDERA, TIGA PENYOKONG DITAHAN REMAN.

Kota Bharu, 9 Apr - Polis semalam menahan reman tiga penyokong sebuah parti politik disyaki terbabit dalam kes melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang penyokong parti lain, di Pasir Puteh Khamis lepas, dipercayai kerana berebut kawasan memasang bendera parti untuk pilihan raya umum ke-13. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan. 

"Ketiga-tiga suspek itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh oleh penyokong parti itu, yang membawa bersama empat peguam dan 60 hingga 70 penyokong ke IPD pada pukul 11.30 pagi semalam. 

"Berikutan itu, kira-kira 60 hingga 70 penyokong parti lawan turut berhimpun di IPD Pasir Puteh semalam," katanya selepas merasmikan Himpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini. 

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari Khamis lepas, tiga kereta yang dinaiki penyokong sebuah parti politik melanggar sebuah kereta yang dinaiki penyokong parti lawan di Pasir Puteh, dipercayai kerana merebut kawasan memasang bendera parti. 

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain. 

Jalaluddin menasihatkan penyokong parti-parti politik supaya lebih berhemah dan profesional dalam tindakan mereka bagi mengelak pergeseran dan provokasi semasa pilihan raya umum ini. - BERNAMA

Siapa yang melanggar? Taknak pula sebut nama. Adoi.. apa pun ini la kemeriahan dan bahang pru.. setiap kali pru confirm isu2 macam neh akan timbul. Biasa dah. Janji takde yang mati sudah la. Haha..