t>

Breaking News

Anak Menteri Diragut, Rugi RM8,000!

Anak menteri mana la neh ek. Dalam beg tangan ada cash rm5k.

Perghhhhh. 

Banyak tue. Ingatkan orang2 kaya shopping guna kredit card. Tapi memang jenayah samun dan ragut makin menjadi2 sekarang neh. Orang kaya orang tak berapa nak kaya orang miskin semua jadi mangsa kepada jenayah neh. Geram pula aku dibuatnya. Macam mana la ek nak pantau kejadian neh dengan effisyen? Takan ko nak letak satu polis kat satu orang biar rasa terlindung 24 jam pula kan?

Sebab tue adalah amat wajar untuk POLIS laksanakan sistem cctv. Pasang je kat semua tempat yang dijangka boleh berlaku kejadian jenayah. Satu malaysia kena ada cctv. Usah kata jenayah samun, silap2 jenayah seks bebas, seks atas padang dan blablabal tue pun boleh diatasi sekali. Takde la pasangan2 di tangkap berkhalwat dalam lokasi2 terbuka lagi dah lepas neh.

Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.

Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift.
"Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis.

Tengok. Penjenayah pun dah advanced dah la neh. Dulu ragut guna motor. La neh ragut guna kereta. Dasat. Mencuri lama2, beli kereta sebijik ke apa neh? Ke, kereta tue pun kereta curi?

Hehehe.

Apa pun jenayah memang semakin menjadi2 la sekarang neh. Mana ada menurun pun. Aku ingat KPN yang buat statement kejadian jenayah berkurangan tue confirm syok sendiri. Bercakap tak tengok fakta dan statistik sebenar. Kena tipu la tue.

KEH KEH KEH