t>

Breaking News

Lim Kit Siang Nafi DAP menyokong Demontrasi Jalanan.

Pelik plak aku.


Sejak akhir2 neh banyak juga pemimpin2 dari PR mengeluarkan kenyataan yang pelik2. Demontrasi bukan cara DAP?

Habis tue yang 505 series pusing satu Malaysia tue apa jadahnya?

Berhimpun jek, bukan demontrasi ka?

Hehe

Pendapat aku, LKS dan pemimpin2 PR yang keluarkan kenyataan2 seperti ini sebenarnya tidak mendapat maklumat jelas dari kesemua pihak. Main cakap jek depan press. Sepatutnya ko dengar dulu penjelasan dari semua pihak then baru keluarkan statement.

Satu lagi, biarkan diri dipengaruhi oleh media2 UMNO. Konon nya pendemo nak gulingkan kerajaan dengan cara berdemontrasi. 

Alamak ai.

Kan Chegu Bard dah cakap dalam PC baru2 ini. Kita nak BERPESTA membantah penipuan SPR. Relax sudah la.

Baca bawah ;   

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa parti itu berniat mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menolak tuduhan itu yang disifatkan demonstrasi bukan cara DAP.

“Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara.

“Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya,” katanya yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam.

Tegasnya, tuduhan yang mengatakan DAP menggunakan kekerasan juga tidak berasas dan  parti itu nekad mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan PRU13.

Mengulas mengenai lawatannya ke Segamat, Kit Siang berkata ia adalah  bertujuan meninjau perkembangan Adun Jementah, Tan Chen Choon dan seterusnya ke Muar, Bentayan dan Bakri.

“Saya akan berbincang dengan mereka (wakil rakyat DAP) mengenai persediaan yang harus dibuat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat,” katanya.
-SH-