t>

Breaking News

Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pertemuan Rahsia Dengan Najib.


Propaganda.

Bunuh dua burung dengan satu batu. Ini semua propaganda nak menjatuhkan Najib dengan mengheret nama Anwar Ibrahim. Itulah yang disebut2 di kalangan penyokong2 PKR. Kata mereka Najib kini sedang menghadapi tekanan yang maha hebat dari akar umbi agar berundur setelah menyaksikan prestasi BN yang teruk dalam PRU yang lepas.

Tekanan2 dari orang2 dalam UMNO, jentera parti dan beberapa pemimpin2 tertinggi BN menyaksikan Najib sedar bahawa dia perlu melindungi diri nya sendiri. Atas sebab itu lah beberapa kenyataan dari penyokong2 kuat Najib keluar di media arus perdana bahawa kerusi Pengerusi UMNO tidak akan dipertandingkan.

Kenapa?

Ini kerana nak melindungi jawatan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tindakan UMNO mahu menjatuhkan Najib mungkin tidak salah dari kaca mata pemerhati politik kerana ahli2 UMNO berhak memutuskan siapa yang layak memimpin mereka, tetapi mengheret dan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam insiden neh diperlihatkan tidak matang. Nak tembak ketua sendiri, jangan babitkan pemimpin parti lain.

Baca bawah ;


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan bahawa beliau tidak bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia sebagaimana dilapor sebuah portal berita baru-baru ini. 
Katanya, tidak ada keperluan baginya untuk bertemu Perdana Menteri secara rahsia, sebaliknya kunjungannya ke negara jiran itu adalah atas jemputan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. 
"Saya bertemu Presiden Susilo selama hampir satu setengah jam. Sudah tentu saya gembira bertemu dengan beliau dan berterima kasih kepadanya atas pengiktirafan (jemputan) itu," katanya, semalam. 
Anwar berkata, beliau boleh bertemu Najib secara terbuka di Parlimen dan tidak ada keperluan bagi mereka untuk bertemu secara rahsia sama ada di Jakarta atau di London.
"Kami juga boleh bertemu di pejabat Perdana Menteri," katanya mengulas laporan portal itu yang antara lain menyebut, pertemuan mereka mungkin berlaku untuk bantu Najib mengelak usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat selepas BN mencatatkan keputusan kurang meyakinkan pada PRU13. Ini juga dikaitkan kemungkinan Presiden Umno itu dicabar pada pemilihan parti hujung tahun ini.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Indonesia, menafikan laporan mengenai pertemuan itu. Najib ke Jakarta pada masa Anwar pula di Bali. 
Ditanya mengenai kecaman sesetengah pihak terhadap tindakannya mengadu kepada Susilo mengenai keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang dan didakwanya sebagai berunsur penipuan, Anwar berkata, bukanlah satu jenayah baginya untuk bertemu pemimpin dari negara lain.  "Beliau (Susilo) pula wakili negara demokratik," katanya. -SH-