t>

Breaking News

Luahan Khas Untuk Anwar Ibrahim.



Pakatan Rakyat Wajib Hadir Parlimen.

Oleh: mohdnoorawang
Pada kami tidak wajar ahli parlimen pakatan rakyat ingin paualu sidang dewan atau tidak hadir sesi taklimat sidang dewan rakyat penggal pertama tahun pru13.

Dalam masa yng sama wakil rakyat paktan rakyat perlu dan wajin hadir sidang dewan penggal pertama bagi membahas isdang dewan dan titah diraja.

Tidak bijak dan tidak sopan jika wakil rakyat bertindak macam budak sekolah, merajuk dan tidak suka maka tidak hadir sekolah.

Kita tahu tidak ada kesan yang baik setiap sidang walaupun ada hujah hujah yang baik dan bernas dari wakil rakyat pakatan rakyat dalam setiap berbahsa dalam dewan rakyat.

Hanya ambillah sempadan dan batas fikir. Rakyat ramai sudah tahu jenis wakil rakyat dan kerajaan BN/UMNO jenis perangai kera dan beruk serta otakfikir otak lembu NFC.
Kami mengharap wakil rakyat pakatan rakyat yanghadir dalam dewan rakyat dapat berhujah dengan baik dan berfakta dan bernas, jangan duduk macam tong sampah sampai masa lori sampah angakat tong masuk dalam lori sampah.

Diminta kepada wakil rakyat pakatan rakyat buat dan menyediakan satu bentuk kerja berpasukan sesama wakil rakyat PR sebelum masuk dewan rakyat. Jangan jadi enau melepas pucak dalam belukar.

Rakyat akan menilai setiap seorang wakil rakyat dari PR. Jangan hanya pandai bersyarah macam penjual ubat. Dalam parlimen perlu bijak mencelah dan berhujah dengan hujah yang baik dan ada isi setiap apa yang diucapakn.

Penggal yang lalu ramai wakil rakyat PR hanya sekadar duduk dan hadir untuk penuh hari bersidang, tapi duduk macam duduk tong sampah. Jangan tiru wakil rakyat BN/UMNO.

Jika ada wakil rakyat PR tidak mampu berhujah dalam dewan rakyat, tapi ada idea dan dan ada pandangan yang baik, sila lontar kepada wakil rakyat PR yang petah berhujah,

Dengan kata lain wakil Rakyat PR perlu ada satu kombinasi dan kerjasama yang erat dikalngan wakil rakyat PR. Malah disarankan perlu ada sesi dan taklimat sesesama wakil rakyat PR sepanjang tahun dan bulan selama 5 tahun tempuh parlimen.

Segala maklumat dan isu yang dibahaskan dalam dewan rakyat atau apa pa isu yang bakal dibawa dalam perbahasan dalam dewan rakyat perlu disebarkan dan dibuat dan diterbitkan secara rengkas kepada rakyat.

Selama kami lihat pada penggal yang laau amat kurang maklumat kerja kerja wakil rakyat PR dalam parlimen.

Kami ucapkan selamat bersidang kepada semua 222 wakil rakyat parlimen Malaysia.

Untuk rekod jika wakil rakyat PR lemah dalam dewan dan diluar dewan dan selalu lari dan ada seribu alasan gagal berjumpa rakyat yang diwakilinya, ianya kan terbakar diri sendiri dan PR khasnya. Tahun PRU14 akan menghadapi risiko yang mungkin kalah teruk.