Rompak RM20, Penjara 7 Tahun.
Tak berbaloi dengan nilai rompakan. Macam mana nak cakap neh ek. Ramai pemimpin kita terpalit dengan skandal 'rompakan' berjuta2. Tapi nak kata depa kena penjara 7 tahun? Tak la. Setahun pun belum tentu kena. Ini kan pula 7 tahun. Kesemua mereka lepas. Kecuali Khir Toyo. Itupun dalam proses rayuan. Belum dipenjarakan sehingga kini.
Alasan mereka terlepas dari hukuman ada macam2 sebab. Rasanya tak payah la kita sebut satu persatu2 kat sini. Yang penting disebabkan ketidakadilan yang berlaku itulah, maka kita jadi hairan. Ini rompak RM20 ko beria2 hukum bagai sebab ia melibatkan rakyat biasa. Gunapakai alasan nak mendidik rakyat agar rasa gerun dan takut untuk merompak waima sekecik2 nilai wang sekalipun.
Tapi apa guna nya ko bersikap garang, tegas, lantang dan tunjuk adil depan rakyat yang pangkatless, hartaless dan wangless?
Tak masuk langsung dengan situasi. Kalau ko nak pertahankan keadilan, patut tunjukkan ketegasan kepada semua pihak tanpa bias menghukum berdasarkan status dan pangkat.
Sesetengah hakim neh kan, bila ia babitkan orang kenamaan mereka jadi kendur. Tapi kalau kat orang biasa, garang tak tentu pasal. Konon nak berlagak adil la tue. Padahal tak adil langsung.
HAKIM KONON.
HAKTUIH.
Bukan aku nak kata tindakan merompak wang RM20 itu remeh tetapi sekurang2nya biarlah letakkan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dia lakukan. 7 tahun tue berat sangat. Lebih2 lagi dia mengaku dia bersalah. Khir Toyo pun setahun jek. Padahal kalau dibanding dari segi nilai jauh berjuta2 kot.

KUALA TERENGGANU - Walaupun tidak berbaloi dengan ‘hasil’ rompakannya iaitu cuma RM20, namun seorang buruh terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau, April lalu.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Anuar Jusoh, 33, mengaku bersalah merompak mangsa, Maria Md Hussin, 30.
Mohd Anuar mengaku melakukan rompakan bersenjata dengan melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi beg duit; kad pengenalan dan lesen memandu; beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); peralatan solek; wang tunai RM20 dan sebuah telefon bimbit.Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan itu di bilik sewa tingkat 3, Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 4.15 petang, 9 April lalu.Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Anuar merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa sudah insaf dan perlu menyara ahli keluarganya.Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di rumah sewanya ternampak Mohd Anuar di luar biliknya lalu bertanya mengenai kehadirannya di kawasan rumah sewa itu.Mohd Anuar yang pada mulanya memberi alasan mahu berjumpa dengan kawannya tiba-tiba datang ke arah mangsa sambil mengacukan sebilah pisau dan meminta mangsa menyerahkan beg tangan.Mangsa yang bimbang diapa-apakan berundur sebelum Mohd Anuar merampas beg tangan dan telefon bimbit di tangannya.
Bagaimanapun, dia ditahan orang ramai di luar bilik sewa mangsa selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan.