9 Tindakan Tentera Selepas Rampasan Kuasa Di Mesir.
Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi, dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir ;
1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Pasal peluru hidup tue perlukan pengesahan yang lebih lanjut. Kerana kemaskini menerusi laporan berita di BBC News melaporkan pihak tentera cuba mengelakkan sebarang kehilangan nyawa dalam krisis terbaru di Mesir.
Mereka juga dilaporkan akan melakukan apa saja untuk kembalikan semula keamanan di Mesir dalam masa terdekat.
Ketika rampasan kuasa berlaku, pihak tentera telah menempatkan pegawai2 pemerhati dan juga agent tentera di beberapa lokasi penting bagi menanggani segala kemungkinan yang berlaku. Mereka juga menghantar pasukan penyamar terutamanya di lokasi pengumpulan pro Morsi di Mesir.
Ketika ini di jalanan pro Morsi sedang lakukan protes secara besar-besaran manakala anti Morsi pula meneruskan protes mereka dengan meraikan kemenangan tuntutan mereka yang mahu Morsi di gulingkan. Pada awalnya tuntutan mereka ialah mengadakan semula pilihanraya untuk memilih presiden yang baru namun tuntutan mereka telah bertukar dengan campurtangan dari pro pembangkang di Mesir yang mahukan Morsi berundur segera dari jawatan yang dipegangnya.
Menurut mereka demokrasi di Mesir mati setelah kuasa pembangkang untuk bersuara di hadkan. Mereka menyifatkan Morsi sebagai diktator baru mengantikan Hosni Mubarak. Namun Morsi dan barisan kepimpinan dia menafikan hal tersebut sebaliknya Morsi ingin lakukan pembaharuan drastik dengan menerapkan nilai2 Islam tanpa banyak soal / bantahan daripada pihak pembangkang.
Antara maklumat yang berlegar2 di internet juga ialah dikatakan sebahagian tentera berpihak kepada Morsi dan mereka sedang lakukan agenda tertentu bagi memulihkan semula kedudukan Morsi. Untuk rekod, geng2 salafi, gerakan2 Islam kecil dan juga beberapa kumpulan Ulama di Mesir menyokong keputusan untuk mengulingkan Morsi di Mesir. Ia sangat mendukacitakan. Rujuk sini.