t>

Breaking News

Isu KLANG - PDRM Jejak Penyebar Maklumat Palsu.


Sesiapa yang didapati menyebarkan info palsu mengenai kejadian pergaduhan di Klang akan dicari oleh PDRM bagi menjalani siasatan. Sebenarnya maklumat2 tue telah tersebar secara meluas menerusi SMS dan wassap juga melalui sebaran di wall facebook.

Menurut polis ;

Polis sedang menjejaki individu yang menyebarkan maklumat palsu kononnya berlaku rusuhan kaum di kawasan Klang Utara, susulan tiga insiden pergaduhan sejak Rabu lalu termasuk dua kejadian di Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja serta serangan di Sungai Pinang, di sini, awal pagi, semalam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, penyebaran khabar angin itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta beberapa laman sosial termasuk Facebook adalah tidak berasas dan boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.

Katanya, ketiga-tiga kejadian berlaku pada Rabu, Khamis serta semalam adalah tiga kejadian berasingan dan tiada kaitan antara satu sama lain.

"Perbuatan ini (sebar) adalah tindakan tidak bertanggungjawab, kerana ketiga-tiga kejadian itu adalah kejadian berlainan.

"Tiada rusuhan kaum seperti didakwa kerana daerah ini aman serta berada dalam keadaan baik. Kita bagi amaran kepada mereka terlibat untuk hentikan segera perbuatan itu," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Menurutnya, polis sedang mengenal pasti individu terlibat dan jika ditahan boleh dikenakan tindakan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sesiapa mempunyai maklumat atau ada sebarang kemusykilan diminta segera berhubung dengan polis dan jangan bertindak sendiri.

"Beri kerjasama kepada polis kerana kita memandang serius perkara ini dan berusaha untuk mengawal situasi yang berlaku," katanya.

Kelmarin, maklumat tersebar mendakwa kononnya kaum India beramai-ramai berkumpul di satu lokasi untuk menyerang kaum Melayu dan serangan dikatakan bermula dari Jalan Haji Manan, Kapar, di sini, sehingga ke kawasan berhampiran.

Mengulas berhubung pergaduhan antara dua kumpulan di Flat Rebana pada malam Khamis lalu, Thaiveegan berkata, insiden itu sebenarnya berpunca daripada salah faham ekoran satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada hari sebelumnya di Jalan Sungai Keramat.

Katanya, berlaku perang mulut sebelum kumpulan lelaki yang menaiki kereta memukul seorang daripada mangsa yang menunggang motosikal.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati memanggil rakan-rakannya sebelum menyerang kumpulan lelaki yang memukulnya di kawasan flat terbabit.

 Katanya, polis bagaimanapun sudah menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Thaiveegan berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 24 dan 32 tahun di sekitar Sungai Pinang, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi, semalam, selepas mereka bersama lapan lagi rakan dikenal pasti menyerang tiga lelaki berusia 20-an menggunakan parang dan kayu besbol di kawasan sama dua jam sebelum itu.

Menurutnya, kes itu juga bukan bermotifkan perkauman tetapi berkaitan dendam lama kerana kumpulan menyerang mencari suspek yang membakar motosikal milik rakan mereka pada Februari lalu.

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-klang-polis-kesan-penyebar-info-palsu-1.182594

Maksudnya kat sini ;

1. Pergaduhan di Klang memang wujud.

2. Bezanya depa bergaduh bukan pasal kaum.

3. Gaduh pasal dendam.

4. Kiranya macam pergaduhan antara dua geng/kumpulan/puak la neh.

5. Geng2 samseng kot?

6. Kejadian2 keganasan yang berlaku di sekitar Klang tidak berkaitan dengan pergaduhan antara dua kumpulan / puak tersebut.

7. Punca dua kumpulan tersebut bergaduh adalah disebabkan kemalangan yang melibatkan kedua2 rakan dalam puak masing2.

Harap2 PDRM boleh berkas kesemua pihak2 yang terlibat, lebih2 lagi kalau mereka ialah samseng2.. lagi la kena banteras..