t>

Breaking News

Kedai Rangkaian FOTO-ZZOOM Di Simbah Cat Merah Kerana Menghalang Muslim Memakai Tudung.

Kuala Lumpur: Wartawan BH melakukan penyamaran sebagai pencari kerja di salah satu rangkaian kedai foto di ibu negara, baru-baru ini.

Wartawan yang memohon jawatan sebagai kerani mendapati semua kakitangan wanita beragama Islam di kedai foto itu memakai skirt dan tidak bertudung.

Kehadiran wartawan yang lengkap bertudung juga tidak disenangi kakitangan di situ apabila mereka terus memberi amaran mengenai 'dasar' syarikat itu ketika menyerahkan borang permohonan kerja.

Apabila ditemuduga oleh Pengarah Sumber Manusianya syarikat itu, wartawan cuba untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai 'dasar' namun beliau enggan melayan pertanyaan berkenaan.

"Jika mahu bekerja di sini, awak perlu membuka tudung dan memakai skirt. Itu dasar syarikat. Tiada kompromi," katanya.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut menyeru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kementerian berkaitan untuk duduk semeja dan mencari penyelesaian isu berkenaan.
Artikel di keluarkan pada 1 julai 2013 oleh BH hari tue. Tak disebut kedai apa pun. Tapi dikriminasi wujud. Kita tak patut lakukan dikriminasi macam neh. Pakai tudung atau tak pakai tudung, pakai skirt mahupun tak pakai skirt tiada kaitan dengan prestasi kerja kita.

PEVERT.

Ia boleh di anggap ganguan seks di persekitaran tempat kerja. Kenapa majikan mereka menyuruh pekerja2 mereka memakai skirt dan membuka tudung? 

Antara gambar2 yang tersebar di internet ;



 
Satu lagi artikel berkaitan ;

Diarah buka tudung sebelum temu duga
 
Kuala Lumpur : Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, beliau dihubungi oleh kakitangan sebuah kedai rangkaian foto di Gombak, di sini untuk ditemuduga selepas memohon jawatan sebagai kerani pada pertengahan Jun lalu.

Katanya, sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga berkenaan, dia dimaklumkan oleh seorang pekerja di situ supaya tidak terkejut sekiranya diminta menanggalkan tudung untuk bekerja.

"Dia perasan saya pelik dengan kenyataan itu dan menjelaskan sekiranya dia tidak memaklumkannya kepada saya, dia akan dimarahi pengurus kerana tidak memberitahu perkara berkenaan terlebih dulu.

"Saya juga dimaklumkan oleh pekerja itu seorang wanita bertudung yang terpaksa membuka tudung ketika bekerja dan akan memakai semula selepas tamat waktu bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga," katanya kepada BH, baru-baru ini.

Minta tanggal tudung

 
Nora berkata, walaupun kecewa dia teruskan sesi temu duga itu untuk memastikan kata-kata pekerja itu benar dan ketika ditemuduga ternyata dia diminta untuk menanggalkan tudung serta memakai skirt hari tertentu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa diskriminasi, mahu dikenali sebagai Aein ketika dihubungi BH, berkata dia menerima tawaran sebagai jurujual di salah satu gedung di Suria KLCC pada Februari lalu.

Isu majikan melakukan diskriminasi terhadap pekerja muslim bukan perkara baru di Malaysia. Sepatutnya kerajaan kita bertindak tegas bagi mengatasi masalah tersebut. Setakat bagi alasan itu hak majikan baik tak payah. Kerajaan kita patut buat satu undang2. Bahawa mana2 majikan tidak boleh melakukan diskriminasi terhadap mana2 pekerja samada membabitkan kaum mahupun kepercayaan masing2.

Mana2 majikan yang engkar di arahkan tutup premis perniagaan serta merta. Hah tahu la dorang nak takut. Dari dulu lagi aku tak faham2. Apa kaitan pun tudung dengan kerja? Adakah tudung menghalang mana2 pekerja wanita daripada melakukan kerja dengan cekap?