t>

Breaking News

Keluarga Vivian Sembunyikan Diri.


Tak pasal2 kerana perbuatan kita, ibu bapa pula jadi takut untuk berhadapan dengan masyarakat. Apa la nak jadi dengan pasangan lucah neh. Tak cukup dengan menyusahkan diri sendiri sekarang menyusahkan ahli keluarga pula.

Dulu si Alvin neh pernah cakap family mereka sokong perbuatan mereka.

Yeke? Aku rasa haram mereka nak sokong. Merepek jek kot si Alvin tue. Keluarga kepada kedua2 individu neh sampai ke hari neh tidak munculkan diri di khalayak ramai. Tahu kenapa? 

MALU kot nak mengaku tue anak masing2. 

 Biarlah orang tatau dari orang tahu agaknya.

Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini. Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.

Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni.

Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.

Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.

Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.

Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.

Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.

Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.

Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog -SH-