t>

Breaking News

Ketua Polis Negara Buat Pusingan U-turn Dalam Kes Sanjeevan.

Mula2 kata sahabat kepada Sanjeevan yang tembak Sanjeevan. Lepas tue sekarang dia menafikan pula pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Aneh. Kalau sesiapa ada baca Malaysiakini pasal isu neh, ada komen2 yang ditulis oleh penyokong UMNO yang memberitahu bahawa rakan Sanjeevan yang tembak Sanjeevan.

Aku terfikir gak.

Masa baca kenyataan tersebut di portal berita. Aku ada terfikir. Tah2 KPN petik dari komen2 totok BN. Pasal.. dorang SPAM Malaysiakini dengan zahirkan komen2 konon nya Sanjeevan di tembak oleh kawan sendiri.. yang terlibat dalam jenayah.. seolah2 nak halalkan kejadian tembakan ke atas Sanjeevan.

Ini laporan berita asal mengenai kenyataan pertama KPN mengenai Sanjeevan di tembak oleh rakan sendiri ;

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/igp-says-sanjeevans-friends-shot-him


Selepas ianya menjadi kecoh, KPN tiba2 membuat kenyataan penafian. Dia menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Rujuk sini ;

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kpn-nafi-mengatakan-suspek-tembak-sanjeevan-merupakan-rakannya 

Kalau tanya mana satu betul mestilah kita anggap kenyataan terkini yang betul. Boleh jadi press salah petik apa yang ingin disampaikan oleh KPN. Tapi ini bukan kali pertama KPN mengeluarkan kenyataan2 seperti ini.

Agak pelik juga untuk PRESS laporkan berita itu jika benar ia tidak pernah keluar dari mulut KPN sendiri. Almaklumlah, ini KPN. Bukan orang biasa. Kalau salah lapor mao ke dalam kena dakwa.. bukan kerja main2 oooo.

Yang menjadi perhatian masyarakat sekarang neh satu ja. Seberapa cepat polis akan siasat beberapa kes tembakan yang berlaku secara bersiri sekarang neh. Kebanyakkannya melibatkan VVIP.. dan VVIP yang samada mati mahupun hidup tue pula dikaitkan dengan keengganan mereka memberikan kerjasama dalam bersubahat melakukan jenayah..

Dan sampai sekarang polis masih gagal menangkap mana2 pembunuh yang melakukan tembakan.. kita ungkit kembali kes yang melibatkan pegawai tinggi kastam.. ada penyelesaian?

Harap2 kes2 tembakan yang semakin menjadi2 di Malaysia neh diselesaikan secepat yang mungkin. Rakyat bimbang, bukan rakyat nak tuduh2 polis je tapi memang kes neh mengusarkan rakyat kerana ia babitkan keselamatan. Mohon PDRM menyelesaikan kes neh tanpa kompromi dan bertolak ansur sekalipun ia mungkin melibatkan pemimpin atasan kerajaan mahupun PDRM sendiri. Itu jek.