Pasal Politik Ayah Tak Hantar Mak Ke Pasar Lagi..
Aku tertarik nak share artikel kat bawah neh. Pasal politik. Macam mana agaknya keluarga yang berbeza2 pendapat dalam politik hidup bersama2? Sorang sokong PAS sorang sokong UMNO tapi still suami isteri?
Betul la orang kata. Pasal politik boleh jadi macam2. Apa pun aku tetap beranggapan bahawa orang zaman sekarang lebih terbuka kepada perbezaan pendapat dalam politik berbanding orang dulu2.
Baca bawah ;
Betul la orang kata. Pasal politik boleh jadi macam2. Apa pun aku tetap beranggapan bahawa orang zaman sekarang lebih terbuka kepada perbezaan pendapat dalam politik berbanding orang dulu2.
Baca bawah ;
Seorang suami telah diarahkan oleh isterinya yang merupakan ahli Wanita Umno agar menurunkan bendera parti pembangkang di hadapan pintu rumahnya.Suami berkenaan pun menurunkan bendera tersebut meskipun bendera Barisan Nasional (BN) masih berada di pintu belang rumahnya.Persengketaan diteruskan.Dalam kes lain pula, seorang suami berpakat bersama anak-anaknya untuk tidak membawa ibu mereka ke pusat pengundian pada 5 Mei lalu kerana dikhuatiri akan mengundi kerajaan."Ayah saya lebih rela membawa ibu ke pasar," kata anak perempuannya. Kemudian suami tersebut mendapati isterinya tetap ke pusat pengundian bersama rakannya yang lain."Ayah kini tidak lagi menghantar ibu ke pasar," menurut anak perempuan tadi.Ini merupakan kehidupan rakyat Malaysia beberapa minggu sebelum dan selepas hari pengundian pada 5 Mei.Adakah pendamaian nasional dapat dicapai sekiranya keluarga berdepan kemelut sebegini? Apakah pendekatan yang sesuai bagi membuang badi perselisihan PRU13?Maya tidak tahu.Anak perempuan kepada ibu yang merupakan ahli Wanita Umno berkata: "Ayah selalu memberitahu ibu kerajaan mengamalkan rasuah dan gagal menguruskan negara. Ibu pula menjawab: BR1M ambil, pinjaman Tekun ambil, lepas tu kutuk kerajaan.Ibu bapa kepada Maya iaitu Kamal, 69, dan Sharifah, 67, tinggal "bercakaran" di sebuah rumah sebelum pilihan raya baru-baru ini.Kamal merupakan penyokong tegar PAS sementara isterinya ahli Wanita Umno itu pula giat menghadiri majlis dan kerja komuniti parti.Melihat ragam ibu bapanya yang telah bersara itu, Maya, 26, anak perempuan bongsu kepada pasangan itu berkata dia sangat teruja melihat ibu bapanya itu berbeza fahaman politik.Menghampiri musim pilihan raya, pertengkaran makin hangat, jelas Maya.Mereka menghabiskan banyak masa menghadiri majlis politik dan jarang berada di rumah."Apabila mereka pulang, abah akan menonton YouTube dan mencari video yang dikirim oleh pembangkang."Atas sebab permusuhan orang tuanya, Maya tidak memberitahu parti politik mana yang dia pilih kepada orang tuanya."Ayah menuduh saya menjadi penyokong BN seperti ibu. Saya Cuma tersenyum," jelas beliau."Pada hari pengundian, perkara yang tak dijangka berlaku. Dakwat kekal pada jari ayah telah tertanggal dan dia terus-terusan mengecam SPR dan membuat laporan polis."Saya dan ibu cuba menenangkannya. Kami tunjukkan jari kami. Dakwatnya masih kekal. Dia mengalah setelah berusaha keras untuk menanggalkan dakwat berkenaan di jari kami."Selepas pilihan raya, Kamal terus membawa isu penipuan pilihan raya sementara Sharifah pula menunggu hari bagi menerima pinjaman Tekun bagi membuka sebuah kedai runcit berhampiran kawasan perumahannya."Hubungan ibu dan ayah berada dalam keadaan baik namun keadaan menjadi tegang apabila isu politik menjadi topik perbualan," tambah Maya.Lain pula kisahnya kepada Sebastian, 75, yang menghadapi konflik bersama isterinya, Diana yang dilihat ganjil dari sudut politik. Kedua-dua mereka merupakan pendatang dari India.Mereka telah menjadi warganegara dan mempunyai empat orang anak."Kami susah sewaktu kecil dahulu kerana ayah satu-satunya tunggak kepada keluarga kami.Ibu tidak dapat bekerja dengan Ijazah dari India kerana tidak dapat berbahasa Melayu."Ibu masih berasa bersyukur kerana tinggal di negara ini namun ayah sedikit menaruh prasangka kepada kerajaan kerana meminggirkan etnik kami.Dia menyokong DAP kerana parti berkenaan peka kepada permasalahan kami," kata anaknya, Arnold.Arnold mengadu dia dan adik perempuannya tidak diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran meskipun memperoleh keputusan yang baik."Kesudahannya, kerajaan Singapura pula yang membantu kami dan ini membuat ayah lebih marah kepada kerajaan."Saya sedih mengingatkan hal itu kerana terpaksa berjauhan daripada keluarga pada usia 17 tahun."Dalam pilihan raya sebelum ini, Arnold bersama dua orang adik-beradiknya pulang ke kampung untuk mengundi di kawasan Parlimen Ipoh Barat buat pertama kali."Ayah memberitahu kami bahawa dia mengesyaki ibu menyokong Barisan Nasional."Saya dan adik tidak dapat menerima kenyataan dan mengapa ibu bertindak sedemikian."Siapa yang bagi rakyat duit?" kata ibu, merujuk kepada BR1M."Kami amat terkejut malah turut bergurau untuk mengurungnya di rumah pada hari pengundian.Ayah berkata: "Aku tak tahu kenapa mak kau terlalu sombong."Arnold dan adiknya bersiar-siar di bandar Ipoh di sebelah malam sebelum hari pengundian setelah penat merubah fikiran ibunya."Kami lakukan kejutan. Kami berbincang untuk tidak membawa ibu ke pusat pengundian.Dengan kesukarannya berbahasa Melayu dan seorang warga emas berusia 65 tahun, dia kurang keyakinan apabila berdepan masalah sebegini terutama apabila perlu menghadiri acara penting seperti itu."Jadi kami pergi ke pusat pengundian tanpa membawa ibu."Menurut Arnold, ibu tetap pergi ke pusat pengundian bersama rakan-rakannya. Apabila ditanya siapa yang dia undi, ibu menjawab: "Undi itu rahsia".Malam itu, apabila keputusan diumumkan, kami berang kerana Pakatan Rakyat gagal menawan Perak."Saya tidak henti menyalahkan ibu, 'Tengok, sebab undi ibu, Barisan menang'. Ibu masuk ke biliknya."Meskipun sehingga ke hari ini, ibu tidak memberitahu siapa yang dia undi, kami boleh menjangkakan apabila dia memberitahu, 'Mak dah dapat surat BR1M'."Disebabkan itulah, ayah tidak lagi menghantar ibu ke pasar."Dua keluarga, tetapi satu cerita. Secebis kisah kehidupan, rakyat Malaysia yang masih belum dikenalpasti.