t>

Breaking News

Petugas PRU Tuntut Elaun.


Adakah ini di bawah kendalian SPR? Tinggi juga elaun dia beb.

RM 235 sehari.

Sehari tahu. Pehh. Kalau la aku tahu. Dah lama aku apply nak jadi petugas SPR. Masyuk beb. 

Hehe.

Baca bawah ;

Lebih 50 kakitangan yang bertugas ketika proses Pilihan Raya Umum ke-13, pada 5 Mei lalu memohon pihak atasan memaklumkan status pembayaran elaun, secepat mungkin.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Acik berkata, dia bersama rakan-rakannya belum menerima sebarang bayaran meskipun dijanjikan tidak lebih satu bulan dari tarikh membuang undi.

Menurutnya, mereka sedia maklum dengan proses pembayaran secara berperingkat, memandangkan ia membabitkan seramai 17,000 petugas seluruh Negara.

“Namun sekurang-kurangnya pihak atasan dapat memberi maklumat awal agar semua petugas yang terlibat tidak berasa tertunggu-tunggu.

“Kami dijanjikan bayaran sebanyak RM 235 sehari, tetapi walaupun PRU dah berakhir lebih dua bulan, kami masih belum diterima maklumat,” katanya.

Acik berkata, dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji semata-mata mahu menjadi petugas pengiring ketika PRU 13.

Menurutnya, elaun itu sepatutnya digunakan untuk keperluannya bersama keluarga menjelang Ramadan.

Setidak-tidaknya, Acik berkata, dia bersama 50 petugas yang lain, berharap elaun itu dapat disalurkan sebelum menjelangnya Aidilfitri ini.