t>

Breaking News

Tarif Elektrik Mungkin Di Naikkan.


Kerajaan sebut mereka sedang mengkaji untuk memindahkan peningkatan kos bahan api kepada pengguna.

Lihat bawah ;
Kerajaan Persekutuan masih mengkaji cadangan untuk memindahkan peningkatan kos bahan api kepada pengguna, justeru tiada rancangan untuk menaikkan tarif elektrik buat masa ini.
Bahasa tulis cantik2. Taknak sebut yang ;

KERAJAAN SEDANG MENGKAJI UNTUK MENAIKKAN CAJ ELEKTRIK.

Hehe.

Asyik bagi alasan kenaikan harga kos bahan api jek. TNB sendiri untung berjuta2. Dengan elaun sana sini. Itu tak masuk lagi pembayaran buta2 kepada IPP. Aku rasa jika TNB urus perbelanjaan dia betul2, dia tak perlu usik pengguna pun. Ini tidak, sikit2 campak kos kepada pengguna. Sikit2 campak kos kepada rakyat marhaen. Menyusahkan orang betul.

Bagi aku jika begini la cara TNB melayan rakyat Malaysia, syarikat2 yang membekalkan elektrik neh sepatutnya tidak dimonopoli oleh TNB semata2.

Biar je banyak syarikat2 lain membangunkan elektrik di Malaysia neh. At least bila banyak syarikat, banyak persaingan. Tak la diperbodohkan oleh TNB jek sepanjang masa.

Kerajaan telah mengawal dan menggunakan sistem monopoli supaya mereka boleh tentukan harga pasaran. Nak naik, mereka naikkan. Nak turun, mereka turunkan. Tapi ada ke penurunan masalahnya? Semua asyik naik jek beb.

Sama2 la hadap lepas neh. Lihat jawapan menteri kat bawah neh ;

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kanan) berkata, kerajaan masih perlu menentukan beberapa isu utama di sebalik mekanisme Fuel Cost Pass Through (FCPT) sebelum melaksanakannya.

Isnin lalu, timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan mekanisme FCPT tahun depan sebagai proses menentukan tarif elektrik lebih berkesan kepada pengguna.

Ditanya berhubung perkara itu, Maximus berkata: "Itu soalan yang kerajaan akan putuskan... Saya fikir beliau sudah membetulkan kenyataan.

"Dan isu sama ada kita mahu memindahkannya kepada pengguna, berapa dan bila, itu keputusan yang akan dibuat oleh kabinet."