t>

Breaking News

Ini Jawapan Untuk Pembangkang, Kenapa Kerajaan Gunakan Honda Ganti Proton.

Terharu aku baca jawapan dia neh. Tak sangka ia terlalu bijak sampai tak terkata aku dibuatnya. 

Hehe.

Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton

PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.



Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.


Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.


Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).


Kenderaann yang nak ditukar ini ialah kegunaan VVIP dan pegawai kanan sahaja yang jumlahnya tidak lebih dari 200 buah. Itupun sebab Proton tidak lagi mengeluarkan model baru Perdana dan pembangunan kenderaan baru untuk kegunaan eksekutif akan memakan belanja yang bukan sedikit.

Itu belum disebutkan lagi kesukaran untuk mendapatkan alat ganti kenderaan, terutama yang terpaksa diimport dari luar negara. Kalau yang boleh dibuat di dalam negara pun, kosnya mungkin meningkat kerana jumlah kenderaan berkenaan yang masih digunakan, tidak lagi banyak seperti dulu.

Apatah lagi seperti disebutkan, Proton tidak lagi mengeluarkan Perdana.


Selain itu, penukaran kenderaan rasmi untuk kegunaan eksekutifi kepada Honda Civic ini juga tidak akan menjejaskan industri automotif tempatan kerana Honda mempunyai kilang pemasangan di Melaka. Syarikat-syarikat automotif tempatan seperti DRB Hicom dan Boon Siew Motor, turut mempunyai pegangan saham yang besar di dalam Honda Malaysia.


Kilang tersebut juga menyediakan peluang kerjaya yang cukup banyak untuk rakyat tempatan. Dijangka dengan tempahan baru yang akan datang dari kerajaan persekutuan nanti, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan, kalau tak di kilang pemasangan di Melaka, di fasiliti-fasiliti lain yang membuat alat ganti dan sebagainya.


Semua fakta ini secara jelas menunjukkan bahawa keputusan kerajaan untuk menukarkan kenderaan rasmi bagi kegunaan VVIP dan pegawai kanan kerajaan kepada Honda adalah keputusan yang tepat dan tidak langsung meminggirkan kepentingan pemain-pemain industri automotif tempatan.


Proton pula secara amnya tidak terjejas kerana semua hal penyelenggaraan kenderaan rasmi sekarang bukan dibuat oleh syarikat tersebut tapi oleh syarikat lain. Proton mungkin terjejas kalau Perdana masih dikeluarkan dan keputusan menukar kenderaan rasmi itu dibuat sekarang.


Rujukan : http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/08/isu-kereta-perdana-tukar-kepada-honda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29 

Nak bagitau sikit.

1. Sebenarnya yang cakap2 pasal tak patriotik tue bukan dimulakan oleh PR. Sebaliknya oleh BN yang memperlekehkan keputusan PR bagi menggunakan Toyota mengantikan Perdana.

2. Kemain lain media dok kutuk2 PR.

3. Then BN tiru. So PR akan menyindir semula. Jangan buat2 lupa dan alihkan isu pula.

4. Rupanya spare part Proton bukan dibuat sendiri. Owh. Product tempatan ek?

5. Padanla. Honda dan Proton persaingan adik beradik. Padanla cukai dan beberapa perkara yang diperlihatkan seperti monopoli wujud di pasaran automotif kat Malaysia neh. Hehe.

6. Owhh rupanya kerajaan lantik syarikat lain buat penyelenggaraan.. padan la mahall.. 

Ini errr satu penjelasan yang sangat2 err BERNAS.. rasanya macam terkantoi pun ada.

Hahaha.