t>

Breaking News

Jika Saya Ikut Kata Mahathir, Malaysia Akan Bankrupt - Pak Lah

Kedua2 ex pm neh mungkin akan melakukan serangan sesama sendiri menerusi media. Tak kisah la tue. Sebab kedua2 nya tak bertanding dalam pemilihan UMNO hujung tahun nanti.

Tetapi kenyataan dari kedua2 pihak akan memberikan impak kepada Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin. Ini kerana kedua2 pemimpin muda itu adalah pelapis dalam Umno. KJ lebih terserlah berbanding Mukhriz dari segi idealisma. Cuma Mukhriz ada grassroot yang kuat disebabkan oleh pengaruh Mahathir yang lama mentadbir BN, UMNO dan negara. Tanpa Mahathir orang pun tak heran pasal Mukhriz aku rasa.

Baru2 neh Paklah rasmikan sebuah buku yang mendedahkan beberapa perkara dalaman ketika dia menjadi PM suatu ketika dulu.

Antara yang dia sebut ialah campur tangan Mahathir dalam pentadbiran dia. Perkara yang Najib turut runsingkan sekarang neh. Setiap benda yang dia buat, Mahathir asyik peratikan jek.

Bezanya Mahathir lawan PM Paklah sorang time tue. Memang diperkotak-katik dia kerjakan Paklah. Sekarang di sisi Najib ada Rosmah. Rosmah memang Mahathir tak pernah usik langsung. Bahkan siap puji bagai. Walaupun Mahathir ada serang Najib secara terbuka juga tetapi isu rosmah dia tak pernah sentuh. Padahal kalau nak banding pengaruh KJ dengan Rosmah, Rosmah lagi hebat!

Sebab tue di Malaysia Rosmah di anggap wanita berpengaruh dan paling berkuasa di Malaysia. KJ ada?

Hahaha.

Berbalik pada Paklah, dia kritik Mahathir pasal projek mega. Dia sebut jika projek mega yang Mahathir plan sebelum Paklah amek alih pentadbiran diteruskan negara akan alami defisit bahkan bankrupt.

Tapi aku pelik.

Teruskan projek mega Mahathir = negara bankrupt?

Projek mega Pak Lah = Bangunan runtuh? Takpe? Takde defisit?

Kalau setakat hentikan projek mega Mahathir dan gantikan dengan projek mega Pak Lah baik takyah la.

Tak pula citer pasal desifit bagai. Macam la projek dia membawa keuntungan bagai pada rakyat.

Tetap juga rakyat yang terkena at the end. Samada kena bayar cukai, tol tinggi atau mahal, ataupun berhadapan dengan risiko runtuh.

Hahaha.

Tak betul ke? Sepatutnya jika BN terus di berikan mandat untuk mentadbir negara, kita memang ada risiko yang besar untuk bankrupt pada bila2 masa tak kira la siapa pun yang perintah. Yang neh lebih tepat merujuk kepada situasi yang di alami oleh rakyat kini.

Hehe.