t>

Breaking News

Jual Beli Pistol Guna Facebook !





Ingatkan benda neh kat luar negara. Ingatkan pengguna facebook tue bukan dari kalangan rakyat Malaysia. Saja je la aku baca. Sekali rupa2nya bukan. Ia berlaku di dalam negara ini.


Gilee ahhhh

RM500 dah boleh dapat sepucuk pistol? Bahaya betul.

Jual beli secara terbuka menerusi laman facebook pula tue. Ini sudah lebih. Nampak sangat penjenayah tersebut mencabar kredibliti polis kerana gagal menanggani mereka. PDRM apa lagi? Mohon bertindak tegas. 

Baca bawah ;

Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.
Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.
Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.
Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.
Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar. Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.
Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.
Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini. -MSTAR-