Ketidakadilan, Penindasan Jika Hudud Dilaksanakan - MCA.
Apa la..
Patutnya UMNO bersuara bagi membela cadangan yang dikemukakan oleh DPPP baru2 ini. DPPP melalui Ketua Pemudanya Nasruddin Tantawi mengemukakan cadangan bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan beri peluang dan ruang kepada undang2 Islam bagi dilaksanakan di negara ini bagi mengatasi kadar jenayah yang tinggi dalam negara lewat kebelakangan neh.
Kata Ketua Pemuda PAS ;
Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS.
Ketuanya Nasrudin Hassan(kiri) berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.
"Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.
Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.
Beliau berkata, undang-undang itu bukan sahaja dapat membanteras jenayah, tetapi juga memastikan keadilan kepada semua kaum, terutamanya kepada mangsa jenayah.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/237448
Setuju dengan saranan oleh PAS dalam isu neh. Tapi MCA dan Gerakan meloncat dengan cadangan tersebut. Dipercayai kerana ada unsur2 ISLAM dalam cadangan tersebut. Bayangkan jika kaedah2 tersebut diperkenalkan tanpa meletakkan nama Islam samada di hujung mahupun di pangkal, adakah dorang akan meloncat menentang cadangan2 tersebut?
Kenyataan MCA seperti berikut ;
MCA mendakwa, PAS mengambil kesempatan atas kegemparan jenayah senjata api di negara ini dengan mencadangkan undang-undang Islam digunakan sebagai alternatif membanteras gejala negatif itu.
Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling berkata, tujuan PAS hanya untuk menghalalkan cita-cita teokratik parti Islam itu itu.
"MCA sudah berulang kali berkata, ketidakadilan dan penindasan akan berlaku apabila enakmen hudud dilaksanakan," katanya.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/237449
Keras sangat tuduhan MCA neh. Dia kalau nak pertikaikan sikap manusia yang mungkin bersikap tidak adil dalam melaksanakan hukuman takde masalah. Tapi gunakanlah ayat yang betul. Hudud tidak menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan penindasan la.
Yang menyebabkan ketidakadilan dan penindasan ialah sikap manusia dalam melaksanakan proses keadilan.
Itu yang berlaku sekarang. With or without hudud. Bila tak adil, ia tak adil kerana sikap manusia yang bersikap tidak jujur dan amanah. Namun jika dibandingkan sistem hudud dengan sistem keadilan ciptaan manusia, hudud ini lebih baik kerana bersifat mencegah dan membanteras, bukan mengatasi.
Ini kelebihan hudud berbanding undang2 ciptaan manusia yang lebih mementingkan sistem mengatasi dan mengatasi.. sampai satu tahap orang tak rasa apa dan tak takut dah pasal boleh gunakan kuasa, pangkat bahkan duit untuk berlepas diri dari dikenakan tindakan undang2. Bahkan dorang juga menggunakan kelemahan undang2 untuk membebaskan diri dari jenayah yang dilakukan..
Tak nampak lagi kelemahan kita kat mana?
Sudah2 la tu mengkritik cadangan2 yang baik untuk rakyat di negara ini. Terai buka mata dan minda untuk memperhalusi cadangan2 tersebut. Buka kertas kajian dan buat perbincangan rasmi ke.. ini setakat nak dapatkan millage politik.. apa barang?
Statement Gerakan pula kat sini.