Luahan Namewee Selepas Kena Serang Dengan UMNO..
Kalau taknak rasa penat jangan la terlalu ikhlas. Sepatutnya bodek dan jilat UMNO jek. Baru la ko aman tak kena serang dan sebagainya.
Haha.
Kena faham. Kita tinggal di negara apa dan macam mana. Kalau kita tinggal di negara yang benar2 mempunyai pemimpin yang adil itu lain citer.
Ini tinggal kat negara yang mengamalkan double standard, memang bodoh la kalau mengharapkan keadilan berpihak kepada diri ko. Memang bebal juga la kalau beranggapan orang akan menilai ko berdasarkan apa yang ko sebut. Dorang akan tengok bangsa dulu, then agama then baru pilih nak sokong atau tidak.
Tolong belajar terima hakikat untuk hidup aman + bersyukur di negara ini.
Bagi penyanyi rap yang tidak pernah sepi dengan kontroversi, kata-kata akhir yang diluahkan Namewee (gambar) adalah, “saya dah penat”.“Saya dah tak tahan lagi. Saya dah berusaha keras, menghabiskan banyak masa dan menyatukan belia melalui filem namun ini yang saya dapat,” katanya kepada The Malaysian Insider merujuk serangan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan pihak tertentu.Dia dijadikan bahan berita atas sebab yang sama - dia menyanyi mengenai kerenah manusia dan persekitaran yang sama sekali kita tidak jangkakan dalam sesebuah lagu rap. Inilah yang mengundang kemarahan pihak berkuasa dari masa ke masa. Namun kali ini berbeza. Namewee kali ini tampil memberi sokongan kepada filem yang dianggap menyemarakkan komunisme oleh Mingguan Malaysia (Utusan Malaysia).Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu, Perkasa meminta kerajaan melucutkan kerakyatan Namewee. Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, NGO itu membuat laporan polis tidak terkira banyaknya namun pejabat Peguam Negara tidak mengambil tindakan.Namewee berkata, “Panggillah saya rasis. Panggil apa juga yang mereka mahu. Saya tak perlu pertahankan diri atau menjawab tuduhan mereka.” Namewee dikritik hebat oleh kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat pada Ahad memanggil Namewee sebagai rasis, kebudak-budakan dan seorang yang tidak memahami sejarah.Awang, nama samaran yang digunakan oleh pengarang Utusan dalam akhbar mingguannya itu menggelar Namewee sebagai pelampau kerana membantah penggantungan tayangan filem The New Village (TNV). -TMI