t>

Breaking News

Muhyiddin Yasin Hadir Perlantikan Presiden Baru Iran.


Tak faham sangat.

Dorang kata syiah tu murtad, akidah mereka sesat, wajib kena bunuh. 

Tapi syiah = Iran.
Bahkan syiah = Syria juga.

Tapi media kita pro basyar rejim Bashar yang anuti Syiah Alawi.
Dan kali neh hadir pula ke perlantikan presiden baru Iran yang anuti Syiah Imamiah.

So korang faham tak apa yang aku tak faham neh?

HAHAHAHA..


Agak kalau bukan atas tujuan diplomatik je tak boleh kot. Kalau atas tujuan diplomatik ianya dibolehkan kot. Macam hubungan Malaysia dan Israel. Diplomatik ma.

Hahaha.. 

Muhyiddin di Tehran hadiri pelantikan Presiden baharu Iran

TEHRAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan ‘kesederhanaan dan kebijaksanaan’, Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak.

Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. - Bernama