Muslim Di Persoal 'Sembah' Patung Buddha Di Malaysia.
Dapat info dari rakan2 di facebook bahawa Sultan Johor minta robohkan surau yang digunakan oleh sekumpulan penganut buddha untuk jalankan upacara keagamaan dorang. Mungkin Sultan Johor anggap surau tue dah tercemar kot.
Hehe.
Aku rasa lepas neh mesti Sultan Johor arahkan agar robohkan semua pusat2 hiburan dan maksiat kat Johor tue.. Terbaek ahhhhh
HAHAHA.
Apa pun ini ada satu penulisan yang wajar menjadi persoalan dan renungan kita semua. Aku tak pernah tengok filem kongsi. Cakap terus terang neh. Aku tatau jalan citer dia pasal apa. Tapi antara adegan dalam filem tersebut adalah seperti yang tertera dalam gambar di atas.
Rujuk penulisan kat bawah neh, yang dipetik dari laman rasmi Ustaz Firdaus Wong Wai Hung ;
[Penganut Buddha Meditasi Dalam Surau]
Kalau boleh saya sudah tidak mahu ulas lagi tentang isu Surau dijadikan tempat meditasi. Saya lihat ramai yang emosi dan tidak membuat kajian tentang isu ini & kembali kepada sejarah Islam lalu menghukum itu dan ini.
Yang saya boleh ulas buat masa ini adalah umat Islam di Malaysia terlalu sensitif berbanding saudara seIslam kita di luar negara yang hidup sebagai minoriti. Hanya orang Belum Islam yang Hina Islam tetapi orang Islam sendiri tak amalkan malahan memperlekehkan Islam terlepas. Dalam filem Kongsi pengarahnya Muslim dan pelakonnya majoriti Muslim tetapi kenapa boleh ada aksi melutut di hadapan patung Buddha? Malahan tiada penapisan dan disiarkan ketika Aidilfitri. Orang Islam buat takpe tetapi bila orang belum Islam buat umat Islam seolah terkena histeria. Kenapa double standard? Saya bukan mempertahankan sesiapa tetapi biar adil dalam menghukum wahai Muslim, pihak berkuasa, mufti dan sebagainya.
Pihak Kristian membenarkan saudara Muslim kita di luar negara menggunakan gereja sebagai tempat solat malahan Nabi Muhammad SAW sendiri ketika berdialog dengan delegasi Nasrani dari Najran menawarkan kepada mereka untuk melakukan Sunday Worship di dalam Masjid Nabawi. Boleh baca lebih lanjut dalam Tafsir surah Ali Imran 3:59-64 Tafsir Al-Azhar, Prof Hamka.
Perbanyakkan membaca dan dapatkan fakta yang jelas sebelum menghukum takut memakan diri dan menampakkan Islam ini seolah-olah agama yang menghukum tanpa usul periksa. Pemilik Resort tersebut yang beragama Islam yang membenarkan mereka menggunakan surau tersebut cuma kumpulan tersebut tidak memaklumkan bahawa mereka akan menggunakan pembesar suara dan juga imej keagaaman Buddha di dalam. Jangan tanya saya apa niat mereka kerana saya tidak tahu perkara ghaib.
Tengok mereka yang mengaku Muslim komen di laman berita sudah cukup mengambarkan kekecewaan mereka atas dasar emosional. Saya mohon agar umat Islam jangan bersikap double standard dalam menghukum. Islam tak ajar kita begitu sehingga Nabi SAW bersabda jikalau anaknya Fatimah mencuri Baginda tetap akan potong tangannya bagi menunjukkan keadilan hukum Allah tidak mengenal siapa. Yang salah tetap bersalah dan betul tetap betul walaupun berlainan agama. Nilailah perkongsian saya ini dengan adil juga. Maaf, ini sahaja yang saya boleh ulas... Wallahualam....
p/s adakah kita terlalu emosional sehingga menjadikan kita buta sejarah Islam atau kita memang tak tahu tentang sejarah Islam? Gambar di bawah adalah babak dalam filem Kongsi.
Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151764446508629&set=a.10150090065248629.281697.773088628&type=1&relevant_count=1