t>

Breaking News

Penjelasan Oleh Sinar Harian - Isu Konflik Di Mesir


SINAR HARIAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian di atas pandangan mahu pun juga kritikan hangat terhadap paparan Sinar Harian bertarikh 26 Ogos yang berjudul 'Dalang konflik Mesir didedah.'

Wawancara dengan seorang saintis politik Mesir, Profesor Dr Mohammad Selim, adalah untuk memberi ruang dari sudut pandang berbeza berkenaan krisis yang melanda negara itu.

Sebelum ini, kami memuatkan pelbagai laporan di muka hadapan Sinar Harian dengan tajuk 'Rakyat Tentang Tentera', 'Sapu Bersih' yang menggambarkan kekejaman Al-Sisi terhadap rakyat Mesir termasuk bagaimana 'Sumpah Ikhwanul Muslimin' bagi menjawab penentangan rakyat terhadap rampasan kuasa sehingga berakhir dengan pertumpahan darah.

Sinar Harian sentiasa mengambil pendirian untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah seimbang.

Untuk itu mulai esok, Sinar Harian akan mendapatkan pula pandangan seorang pakar akademik yang mempunyai pengetahuan mengenai gerakan Ikhwanul Muslimin.

Teruslah membaca Sinar Harian.


Sumber : SH