t>

Breaking News

Utusan Lapor Lin Dan Menang Cara Kotor.

WOWW

Betul ka berita sukan seperti yang dilaporkan oleh Utusan itu?

HAHAHA..

Aku tak tengok perlawanan tue. Tapi betul ka LCW kalah disebabkan tuan rumah gunakan taktik kotor untuk memenangi perlawanan tersebut? Baca2 komen kat facebook pun ada yang cakap sebab penghawa dingin dimatikan maka LCW alami hidrasi sehingga menjejaskan tumpuan dia untuk memenangi perlawanan..

Tapi tak semua yang sokong LCW.. 

Ada juga yang beranggapan bahawa LCW berlakon sakit je. Padahal takde apa pun..

Aku no komen la sebab tak tengok. Masa tu sibuk dengan open house.. 



Baca laporan Utusan kat bawah neh ;

Senario awal kelihatan seperti Datuk Lee Chong Wei yang terdesak untuk memburu gelaran dunia pertama, namun hakikat sebenarnya berbeza kerana tuan rumah yang terdesak hendakkan Lin Dan menang sehingga melakukan taktik kotor asalkan ia berpihak kepada bintang mereka itu.

Selepas dimalukan dalam perseorangan wanita dan beregu campuran ekoran kekalahan dua bintang No. 1 dunia, Li Xuerui serta Xu Chen-Ma Jin, tuan rumah cuba memastikan nasib yang sama tidak menimpa Lin Dan. Chong Wei jelas menguasai permainan ketika menang set pertama 21-16 tetapi pendingin hawa di Gimnasium Tianhe tiba-tiba ditutup di set kedua dan keadaan panas serta tidak berangin itu merubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.

Permainan Chong Wei bukan saja mula tidak menjadi akibat angin yang tiba-tiba hampir tiada, malah bahang serta masalah pengudaraan menyebabkan dia mengalami kekejangan di kedua-dua belah paha akibat penghidratan. Chong Wei, 30, meminta rawatan pada kedudukan 16-19 di set ketiga dan cuba menyambung permainan, namun dia tidak mampu bergerak pada kedudukan 17-20 untuk menghadiahkan kejuaraan kelima buat Lin Dan yang menang 16-21, 21-13-, 20-17.

"Kalah tetap kalah, kami boleh terima kekalahan tetapi yang menimbulkan pertikaian saya mengapa pendingin hawa tiba-tiba dipadamkan di set kedua. Keadaan menjadi terlalu panas, hampir tiada oksigen dan pemain tidak boleh bernafas. "Ini menyebabkan Chong Wei mengalami penghidratan. Sebelum turun gelanggang lagi, Lin Dan sudah memiliki kelebihan fizikal, semalam (kelmarin) Chong Wei diberikan waktu permainan yang amat lewat dan perlawanannya (mengalahkan Du Penyu, tiga set) berakhir pada jam 11 malam.

"Lin Dan sebaliknya berehat enam jam lebih awal daripada Chong Wei kerana bermain petang. Semua ini, memberi kesan, ditambah dengan keadaan stadium yang amat tidak sihat untuk pemain," kata jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Bukan Seu Bock saja yang mengemukakan bantahan kepada penganjur sebaik sahaja keadaan stadium tiba-tiba bertukar seperti dalam ketuhar, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga mempertikaikan perkara itu. Malangnya penganjur mendakwa, mereka tidak punya kuasa kerana akses mengawal pendingin hawa stadium dipegang oleh bahagian lain, alasan yang langsung tidak masuk akal.

Penamat Kejohanan Dunia kali ini memang amat malang buat Chong Wei kerana selepas berkerja keras selama beberapa bulan, dia terpaksa melupakan kejuaraan dunia pertamanya dengan cara yang sangat kejam. Chong Wei tidak dapati menaiki podium untuk menerima pingat semalam kerana digegaskan ke Hospital 12 di Guangzhou, sejurus tamat permainan. Semua penonton di stadium berdiri memberi penghormatan kepada jaguh No. 1 dunia itu ketika dia diusung keluar meninggalkan stadium.